Walaupun sudah meninggalkan Arsenal dan bekerja untuk FIFA, legasi yang ditinggalkan Arsene Wenger masih beri impak besar!
Siapa sangka, pemain terakhir yang dibeli Wenger sebelum angkat kaki meninggalkan Arsenal, menjadi watak penting The Gunners meraih Piala FA buat kali ke-14. Ye, pencapaian terbanyak yang tidak boleh ditandingi mana-mana pasukan.
Pierre-Emerick Aubameyang dibeli pada jendela musim sejuk dengan rekod kelab pada masa itu, £56 juta. Semenjak itu, Auba berjaya merekodkan 70 gol dalam semua pertandingan daripada 109 penampilan. Malah 22 gol liganya musim ini menyumbang hampir 38 peratus mata kepada Arsenal dalam kempen yang penuh hambar. Penulis menganggap tempat ke-8 dilihat memalukan kerana Arsenal sinonim dengan nombor 4. Mujur kejayaan Piala FA menutup segala aib dan masih layak ke saingan Eropah musim depan.
Lebih manis, kejayaan ke-14 Piala FA ini dibawah kendalian Mikel Arteta, pemain yang dibawa Wenger pada hari terakhir jendela perpindahan 2011. Masih segar di ingatan penulis, Wenger terdesak mencari pemain selepas kehilangan Cesc Fabregas dan Samir Nasri. Dia kemudiannya membawa masuk bukan 1, bukan 2, tetapi 5 pemain; termasuk Mikel Arteta dari Everton.
Arteta kemudiannya menjadi kapten The Gunners untuk membawa 2 kejuaraan Piala FA, paling diingati kemenangan ke atas Hull City pada 2014 yang menamatkan kemarau 9 tahun tanpa piala. DNA Wenger sebenarnya sudah sebati dalam diri Arteta. Selepas mengumpul ilmu kejurulatihan di bawah Pep Guardiola, dengan campuran Wenger semasa menjadi pemain, evolusi Arteta dilihat sempurna sebagai jurulatih muda. Tiada siapa menjangka Arteta mampu mendakap piala dalam musim pertamanya di utara London.
Detik kebangkitan Arsenal dalam final menentang Chelsea tempoh hari boleh dilihat semasa ‘team talk’ Arteta ketika ‘water break’ pertama. Dia menukar taktikal selepas melihat The Gunners goyah pada 15 minit pertama. Selebihnya adalah sejarah, 2 gol kapten Aubameyang memberikannya trofi pertama pemain Gabon itu di saingan Liga Inggeris.

Kini terpulang kepada Auba untuk kekal menjadi legenda di Emirates. Kontrak baru sudah ditawar, kenaikan gaji kepada £250 ribu seminggu sudah didepan mata, walaupun masih beza £100 ribu dengan gaji Mesut Ozil yang hanya goyang kaki di kelab. Arteta secara terang-terangan memberi kepastian di depan media yang Auba akan kekal, penulis tidak pasti sama ada itu taktik ‘memaksa’ atau Auba sudah memberi kata putus. Tetapi penulis harap Auba akan berpegang kata-katanya selepas menyertai Arsenal 2 tahun lalu; mahu memecahkan rekod Thierry Henry sebagai penjaring terbanyak Arsenal.
Cuma kepercayaan karut penulis dengan sumpahan kapten Arsenal tidak boleh ditolak tepi. Sejarah memperlihatkan siapa yang menjadi kapten di kelab pada kemuncak karier, pasti akan meninggalkan pasukan pada musim-musim akan datang. Lihat pada Fabregas, Van Persie dan Koscielny, mereka semua bukti yang cukup jelas. Masih belum ada kapten yang meletakkan kelab sebagai keutamaan, sepertimana Tony Adams.
Apa pun yang terjadi, Piala FA ke-14 The Gunners yang tergolek semasa dipegang Auba akan menjadi ‘meme’ untuk jangka masa yang lama!