Pengurus legenda Arsenal, Arsene Wenger, melancarkan buku autobiografinya yang berjudul ‘My Life in Red and White’, baru-baru ini.
Ada banyak sekali perkara menarik yang didedahkan dalam buku tersebut, begitu juga dalam sesi temu bual bersama Wenger sempena pelancarannya.
Menurut laman sesawang bbc.com, Wenger mendedahkan bahawa cabaran terbesarnya sewaktu bersama Arsenal adalah dalam membangunkan Stadium Emirates yang menelan belanja begitu besar serta komitmen yang berpanjangan.
Wenger berkata yang 10 tahun pertamanya bersama Arsenal adalah tempoh yang mudah manakala 10 tahun berikutnya begitu mencabar kesabaran dan ketahanannya, namun dia jauh lebih berbangga dengan pencapaiannya pada 10 tahun kedua kerana dia tetap mampu bertahan bersama kelab untuk mengharungi tempoh yang begitu getir sekali.
Menurut Wenger, disebabkan mereka sudah berbelanja besar untuk membangunkan stadium, Arsenal tidak lagi mampu bersaing merebut pemain-pemain yang mahal harganya.
Dan Wenger hanya diberikan dua pilihan -- kekal bersama kelab dengan sumber kewangan yang terhad atau pergi.

Wenger mendedahkan sepanjang tempoh kerjayanya, dia bukan sahaja menerima tawaran untuk menjadi pengurus kelab-kelab gergasi Eropah seperti Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich dan Juventus, malah seteru utama Manchester United pun pernah membuat tawaran untuk mendapatkan khidmatnya!
Namun, kesemua tawaran ditolak kerana rasa cintanya terhadap The Gunners, begitulah betapa komitednya pengurus yang kini berusia 71 tahun ini.
Menyebut tentang pencabar utamanya, pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson, menurut akhbar The Sun, Wenger dipetik sebagai berkata, “Pertandingan yang sengit membuatkan kita benci dengan pihak lawan. Saya rasa, Ferguson pasti membenci saya dan kadang-kadang saya pun bencikan dia juga!
“Setiap kali pasukan saya dan Ferguson bertembung, persaingannya pasti sengit sekali, sangat getir dan mencemaskan, tetapi bila semuanya sudah berakhir, apa yang tinggal hanyalah rasa hormat terhadap seseorang seperti dia, rasa hormat di atas segala yang sudah dia kecapi dan betapa dia mendedikasikan hidupnya terhadap permainan ini.”
Namun, Wenger juga mengkritik sistem VAR yang mengambil masa terlalu lama untuk memberikan keputusan tentang perkara remeh seperti ofsaid dan perkara ini mengancam aspek emosi permainan bola sepak.
Menariknya, Wenger nampaknya kesal kerana terlepas peluang untuk menggandingkan penyerang terbaik Arsenal, Thierry Henry, bersama Cristiano Ronaldo.
Wenger cukup yakin dia sudah berjaya mendapatkan khidmat Ronaldo pada tahun 2003 selepas Sporting CP bersetuju untuk menjual, namun seperti semua orang tahu, Ronaldo memilih untuk pergi ke Manchester United pada akhirnya.

“Kalau Ronaldo dan Henry bergabung, serta dibantu oleh Bergkamp, Pires dan Wiltord, saya rasa 200 gol semusim pun boleh!” seloroh Wenger.
22 tahun berkhidmat, 17 trofi dimenangi, Arsene Wenger sememangnya seorang legenda yang akan berkekalan selamanya di hati penyokong The Gunners.