Jika dahulu sukan bolasepak cukup sinonim dengan penyokong daripada kalangan lelaki, masa kini semuanya telah berubah. Dari penyokong biasa, peminat fanatik, pengulas bola sepak bahkan pengacara rancangan bola sepak sudah mula memperlihatkan kehadiran wanita dalam sukan ini.
Sebagai contoh, pernah suatu ketika, bekas pasukan perubatan Chelsea yang merupakan seorang wanita, iaitu Eva Carneiro, mencuri tumpuan dunia apabila sering kali melangkah ke padang jika ada pemain yang mengalami kecederaan.
Jika dialam liga tempatan, anda masih ingat pasukan LionsXII? Salah seorang fisioterapi mereka ialah kakak kepada pemain Hafiz Sujad iaitu Nurhafizah Sujad. Beliau juga mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan pada waktu itu kerana jarang ada wanita yang terlibat secara langsung dengan pasukan bola sepak.
Salah satu sebab penulis bercerita mengenai wanita dan bola sepak adalah kerana dalam rancangan "Berbulu Dengan Burn" yang dihoskan oleh penulis sendiri, ada episod di mana penulis memberikan ruang dan peluang buat peminat sukan wanita menyuarakan pendapat mereka di arus perdana. Penulis menjemput peminat wanita bagi pasukan Manchester United dan peminat wanita bagi pasukan Liverpool.
Bukan mahu melihat hujah siapa yang lebih hebat atau tidak, dan bukan mahu memilih siapa menang dan siapa kalah, tetapi lebih kepada mahu memberi peluang kepada mereka membicarakan hujah-hujah ilmiah untuk dikongsi bersama penonton. Namun, tanpa disangka-sangka, ada satu fakta yang telah disalah erti oleh wakil peminat wanita Liverpool yang tular dan heboh diperkatakan berkaitan "bila bermulanya EPL".
Penulis sejujurnya beberapa kali cuba membetulkan fakta yang salah itu tetapi ditolak mentah-mentah wakil Liverpool yang dengan berani mengeluarkan kenyataan " EPL bermula 2016, Liverpool ada satu Piala EPL, United tiada piala EPL".
Tetapi tak mengapalah, tiada salahnya dan ruginya andai mengakui kesalahan dan menerima fakta yang benar. Kita hanyalah peminat sukan bola sepak yang mahu memeriahkan sukan bola sepak itu sendiri dengan paltform yang diberikan. Cukuplah netizen mengkritik fakta yang dikeluarkan dan diharapkan selepas ini, wanita yang meminati bola sepak juga harus meneliti fakta dan benar-benar memahami supaya salah faham seperti ini tidak berlaku lagi.