Skip to main content

Rencana

Wakil Malaysia guna kabel

kabel-ski.jpg
Ini bukan mengenai kabel untuk mendapatkan isu tender Kementerian Belia dan Sukan yang tengah panas tetapi pasal peluncur negara yang terpaksa menukar teknik.

Aaliyah Yoong dan tiga lagi rakan senegara sudah biasa berlatih menggunakan kuasa tarikan bot.

Tetapi, mereka terpaksa menempuh pengalaman baru apabila Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina menukar kepada sistem kabel dimana kemudahan itu tiada di Malaysia.

“Ketika mula berlatih, kami memang nampak macam peluncur amatur. Banyak kesilapan dan terjatuh".

“Tetapi selepas empat minggu, saya gembira dengan pasukan ini. Mungkin kami boleh dapat pingat emas,” kata Aaliyah.

Menariknya, peluncur negara masih terlalu muda.

Adiknya, Adam memegang rekod atlet Malaysia paling muda di Filipina pada usia 11 tahun. Aiden (14 tahun) sementara Nur Nadiah Hanani Md Nasir (24 tahun).

Mungkin kerana usia muda, mereka nampak kurang tertekan. Lebih seronok dan gembira meluncur - itu lebih penting.

Malaysia menerima tamparan di Taman Luncur Air Deca, Clark apabila penganjur lebih fokus terhadap acara wakeboard dan wakeskate.

Daripada empat emas dimenangi di Kuala Lumpur, dua tahun lalu - kali ini Malaysia hanya akan beraksi dalam satu acara - cableski berpasukan campuran.

“Apa boleh buat. Itu keputusan tuan rumah. Mereka pasti mahu menggunakan kelebihan itu untuk raih banyak emas".

“Saya harap peluncur negara dapat bawa pulang satu emas ini,” kata pengurus negara, Hanifah Yoong.

Saya melihat beberapa peluncur Thailand dan Indonesia yang berlatih. Nampak mantap. Negara mereka memang ada kemudahan sistem kabel.

Tetapi siapa tahu, mungkin keajaiban boleh berlaku.

Apa yang penting, bertanding dulu. Kabel pun kabel lah.

Advertisement

Must Watch Video