Jika sebelum ini Liverpool sering dihantui masalah benteng yang mudah ditembusi, akhirnya skuad The Reds menemui jawapan dalam diri pertahanan kelahiran Breda, Belanda, Virgil Van Dijk.
Sejak berhijrah ke Anfield Januari tahun lalu, Van Dijk mengesahkan statusnya selaku nama pertama yang membarisi benteng The Reds, mendahului pemain lain ketika itu seperti Dejan Lovren, Joel Matip, Ragnar Klavan dan Joe Gomez.

Pertahanan berketinggian 1.93 meter itu memulakan karier bersama Willem II sebelum menyertai Groningen pada 2010 tetapi kelibatnya mula memberikan impak besar sewaktu bersama gergasi Scotland, Celtic.
Di Celtic Park, dia menempatkan diri dalam skuad terbaik Liga Perdana Scotland bagi musim 2013/14 dan 2014/15 bersama rakan sepasukan, iaitu Fraser Forster, Kris Commons, Craig Gordon, Jason Denayer, Scott Brown dan Stefan Johansen.
Memenangi dua kejuaraan liga serta Piala Scotland, kemampuan Van Dijk benar-benar terbukti sewaktu berhijrah ke Liga Perdana Inggeris selepas dia membuat keputusan untuk menyertai skuad kendalian legenda negaranya, Ronald Koeman, Southampton, pada September 2015.

Yuran perpindahan GBP13 juta (RM71 juta) itu dilengkapkan dengan catatan 10 perlawanan tanpa bolos sehingga Van Dijk pantas diberikan tawaran kontrak baru selama enam tahun pada 7 Mei 2016.
Van Dijk hanya memerlukan tempoh kurang dari dua tahun untuk memegang lilitan ketua pasukan buat The Saints, dua hari selepas penghijrahan bekas kapten The Saints, Jose Fonte, ke West Ham United.
Persembahan konsisten yang dipamerkan sepanjang musim 2016/17 membuatkan Arsenal dan Liverpool berminat untuk membawanya keluar dari St Mary's tetapi disebabkan pendekatan yang dilakukan The Reds tampak menyalahi undang-undang, mereka terpaksa mengeluarkan permohonan maaf kepada pihak Southampton, sekali gus menamatkan usaha memancing Van Dijk ketika musim panas 2017.

Bagaimanapun, kisah perpindahannya ke Anfield tidak berkubur terus apabila dia membuat permohonan untuk berpindah beberapa hari kemudian, membuatkan The Saints melihat usaha untuk mengekalkannya sebagai satu tindakan yang sia-sia.
Setelah hampir enam bulan spekulasi mengaitkannya dengan jalan keluar dari St Mary's menjadi perhatian, Van Dijk akhirnya melengkapkan perpindahan mega memecahkan rekod dunia buat seorang pertahanan menerusi yuran berjumlah GBP75 juta (RM409 juta) ke Anfield selepas Hari Krismas tahun sama.

Dia memulakan penampilan pertama buat Liverpool dalam aksi pusingan ketiga Piala FA pada 5 Januari 2018 dan turut menjaringkan gol kemenangan menewaskan Everton 2-1, sekali gus menerbitkan satu harapan baru buat semua peminat The Reds yang dahagakan kejayaan setelah kali terakhir menjulang trofi ketika musim 2011/12.
(BERSAMBUNG)