Sudah tiba masanya pertarungan terhebat sukan seni bela diri campuran, MMA yang dikenali sebagai Ultimate Fighting Championship (UFC) tampilkan satu lagi evolusi dalam meningkatkan imej kejohanan ini agar lebih berprestij.
Perkara utama yang perlu dilakukan adalah memastikan petarung tidak melakukan provokasi 'merepek' seperti menghina agama dan memperkecilkan keturunan mana-mana individu atas tiket menyemarakkan semangat pertempuran.
Sebelum era millenium lagi, sukan sudah berperanan sebagai medium yang menghapuskan jurang agama. Apakah UFC masih mahu meletakkan MMA sebagai sukan yang belum maju?
Apa yang berlaku selepas Khabib Nurmagomedov meraih gelaran juara lightweight menerusi kemenangan 'submisson' keatas Conor McGregor perlu dijadikan titik perubahan terbaharu dalam kejohanan ini.
Tindakan McGregor menghina agama islam untuk menimbulkan kemarahan Khabib bukan sebab utama petarung dari Rusia ini menang tetapi ia punca kekecohan selepas pertarungan.
UFC kini perlu ambil tanggungjawab menangani kontroversi ini agar tidak berulang pada masa hadapan kerana ia membabitkan isu sensitif dunia - agama dimana islamophobia sedang giat dibanteras di barat.
Berlaku adil adalah cara terbaik dalam memberikan pengajaran kepada para petarung - Khabib perlu jelas tentang sikap berdiam dirinya itu lebih baik berbanding mengekspresi dengan membuta tuli, manakala McGregor pula perlu diajar cara untuk lebih bijak dan tidak bermulut celupar setiap masa.
Dengan 'promosi' percuma yang diperolehi MMA dan UFC ketika ini, satu lagi evolusi pastinya memberi 'gimik' sempurna kepada kedua pihak terbabit. Percaya atau tidak, kata kunci Khabib, McGregor, UFC dan MMA antara pencarian tertinggi di Google minggu ini. Malah video latihan Khabib bersama seekor beruang ketika kecil juga kembali mendapat perhatian pengguna.
Ketika diperkenalkan pada era 90an - MMA dilabel sebagai sukan 'pembunuh' dan kejohanan UFC hanya ada dua peraturan - tidak boleh menggigit dan mencucuk mata lawan.
Penjenamaan semula UFC selepas dibeli oleh Frank dan Lorenzo Fertitta, menerusi sentuhan magis pengerusinya, Dana White, telah berjaya menukar persepsi masyarakat tentang sukan ini - namun saban tahun, mereka berdepan pelbagai cabaran termasuk kes kematian Tim Hague tahun lalu.
Jelas inilah masa terbaik untuk UFC melalui satu lagi evolusi dalam penganjurannya - ketika masih belum ada mana-mana petarung yang menemui ajal di dalam gelanggang, ketika para petarung masih menghormati penganjur dan sukan ini, ketika mereka berpeluang besar menambah kumpulan pengikut.