Penyerang Dortmund yang juga kapten pasukan Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang, menyalahkan pengurusan pasukannya sendiri ekoran kegagagalan meneruskan kemaraan mereka di Piala Negara Afrika (AFCON).
Pada tahun ini, Gabon telah dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi ke-31.
Beliau menyelar usaha pihak pengurusan dalam menyertai Piala Negara-negara Afrika kali ini yang dikatakan tidak mencukupi dari segi persiapan membentuk pasukan yang mantap.
Walaupun The Panthers tidak mengalami sebarang kekalahan dalam peringkat kumpulan, mereka tetap gagal meneruskan kemaraan apabila hanya mengutip tiga mata hasil daripada tiga pertemuan.
Mereka diletakkan bersama-sama dengan pasukan Cameroon, Burkina Faso dan Guinea-Bissau dalam kumpulan A.
Burkina Faso dan Cameroon masing masing berjaya melangkah ke peringkat suku akhir apabila menjadi juara dan naib juara kumpulan dengan mengutip lima mata dan hanya dibezakan dengan perbezaan gol.
Ekoran penyingkiran Gabon pada saingan kali ini. Ia menjadikan Gabon sebagai tuan rumah pertama yang tersingkir di peringkat kumpulan pertandingan sejak tahun 1994.
Dalam seluruh sejarah AFCON, hanya Ivory Coast, Ethiopia dan Tunisia pernah mengalami nasib yang sama.
Menurut Aubameyang yang merupakan Pemain Terbaik Afrika 2015, adalah sukar untuk menyesuaikan diri apabila menerima jurulatih baru pada bulan Disember.
Panthers memulakan latihan pra-kejohanan lebih lewat daripada pihak lain kerana mereka beralih kepada kaedah Jose Antonio Camacho.
"Ia adalah benar-benar menjengkelkan kerana kami mempunyai peluang," kata Aubameyang.
"Malangnya terdapat hari-hari apabila keadaan tidak memihak kepada saya, seperti peluang pertama saya hanya dua meter dari gawang gol.
"Kami semua benar-benar kecewa. Kami tidak benar-benar mempunyai masa untuk membentuk pasukan yang mantap. Tetapi saya amat bangga dengan semua pemain kerana telah berusaha keras namun begitu gagal melangkah ke peringkat seterusnya.
"Saya fikir kami lebih kuat dari setiap pasukan lain dalam kumpulan itu, tetapi ia adalah tentang segala-galanya, persediaan, pertukaran jurulatih dan ianya tidak mudah”, tambah Aubameyang.