Alhamdulilah. Itu saja yang dapat dizahirkan selepas nama Faiz Subri diumumkan selaku pemenang Anugerah Puskas 2016. Nak kata apa lagi… ia satu kejayaan luar biasa buat bola sepak negara.
Kalau dilihat perjalanan menuju Zurich, ia sesuatu yang cukup menguji kredibiliti Faiz selaku pemain profesional.
Mana tidaknya dengan sesi temubual, persiapan menjelang musim baru liga dan macam-macam lagi yang buat anak kelahiran Ayer Hitam Kedah ini jadi teramat sibuk.
Namun, pujian harus diberikan buat Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dengan melantik seorang pegawai bernama Zackie untuk mengawal selia jadual Faiz menjelang Anugerah Puskas.
Penulis sempat berbual dengannya ketika pulang ke kampung baru-baru ini. Pertanyaan penulis kepada Faiz: "Macam mana Faiz?” Jawabnya, "Saya letih, abang". Kesian pun ada tapi Faiz tetap tenang.
Selesai bab menang. Bab seterusnya ialah bagaimana nak berdepan dengan pelbagai jadual dan juga majlis yang bakal diatur bagi meraikan Faiz.
Tak salah tetapi dengan musim baru bakal bermula, latihan perlu dilakukan seperti biasa, ini senario yang buat penulis berdoa agar Faiz juga harus diberikan masa dan jadual yang sempurna.
Tu tak masuk lagi segelintir pihak yang sudah bersiap-sedia untuk mengambil peluang atas kemenangan Faiz ini lagi.
Usung sana-sini. Kesian la kat dia. Paham-paham la ya pihak pihak tertentu. Yang nak mengaku Faiz ni sekian-sekian dengan sekian-sekian.
Mula la ayat-ayat seperti Faiz ni dulu mula di sini la dan banyak lagi la skrip yang sudah penulis jangkakan.
Jadi apa yang diharapkan, kejayaan Faiz Subri permulaan positif di kala panggung bola sepak negara bakal dibuka tidak lama lagi.
Ini rumah kita
Ini liga kita
Tanah tumpah darah kita
Nindia!