Rata-rata peminat serta pemerhati bola sepak tanah air masih terkejut dengan kesanggupan bekas jurulatih JDT dan Kelantan, Bojan Hodak ambil risiko besar kendalikan pasukan tercorot Liga Super, Pulau Pinang pada 25 Mei lalu selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Sebagai seorang pengendali yang mencipta nama di negara ini, ada pihak meramalkan Bojan sengaja menempah nahas membawa skuad Harimau Kumbang yang seperti nyawa-nyawa ikan pada musim ini.
Berdasarkan kualiti yang ada pada pasukan, jelas Bojan bersama rakan senegara, Nenad Bacina yang bertindak selaku jurulatih merangkap pengurus perlu melakukan banyak usaha dalam memburu pemain import dan tempatan berkualiti.
Paling ketara ialah soal pemain import kerana bukan sekali tetapi dua kali Pulau Pinang melakukan kesilapan terbesar mendapatkan penyerang import berkualiti.
Menyingkirkan Jose Tadeu yang langsung tidak beri impak sepanjang persiapan pra-musim, bekas jurulatih, Jacksen F. Tiago, sekali lagi gagal melakukan keputusan tepat bila membawa Osas Marvelous Ikpefua yang bukannya sesuai bermain sebagai penyerang tetapi lebih kepada pemain sayap.
Bukan itu sahaja, tindakannya membawa masuk seorang lagi pemain pertahanan, Brent Griffiths juga dipersoalkan ketika mereka sudah ada Reinaldo Lobo yang boleh diharapkan di bahagian berkenaan.
Keengganan mendapatkan ramai pemain tempatan berkualiti yang ada standard membawa bencana buat Pulau Pinang kerana jelas dilihat, ada sebahagian pemain tidak mampu bersaing di tahap Liga Super.
Soalnya..ketika pintu perpindahan pertengahan musim, bolehkah Bojan dan Bacina dapatkan pemain tempatan yang boleh menampung ketara kelemahan di posisi tertentu pasukan?
Kebanyakan pihak tahu bukan satu usaha yang mudah memburu bintang tempatan di pertengahan liga melainkan jika pemain itu sudah tidak dimahukan lagi oleh majikannya.
Di sini letaknya sejauh mana pengaruh Bojan dalam memikat bekas-bekas pemainnya di JDT dan Kelantan pada satu ketika dahulu...adakah dia boleh menarik pemain-pemain ini untuk datang menguatkan Pulau Pinang?
Mengenai pemain import, Bojan dan Bacina juga kena bijak mendapatkan penyerang yang mampu bertindak selaku mesin gol kerana itu menjadi penyakit utama Pulau Pinang pada musim ini iaitu tiada penyerang tulen dalam pasukan selain perancang selaku pembantu kepada Matias Cordoba.
Jelas ini merupakan satu cabaran besar buat Bojan sepanjang kariernya sebagai jurulatih di negara ini...jika dia gagal membawa Pulau Pinang keluar daripada zon penyingkiran Liga Super bermakna reputasinya juga akan hancur.
Kejayaan treblenya di Kelantan pada musim 2012 serta Liga Super pada 2014 bersama JDT akan dilupakan serta merta sebaliknya cerita kegagalannya dengan Pulau Pinang pasti lebih diingati.
Adakah Bojan masih ada sentuhan magis bersama Bacina membantu Pulau Pinang? Jawapannya dalam 10 perlawanan Liga Super akan datang...