Harus tepat sekali satu analogi mengenai kedatangan pengurus baru, Ronald Koeman, untuk melakukan “tugas membasuh” di Barcelona.
Tetapi, mesin basuhnya masih tidak berhenti-henti berputar hinggakan jersi Barca koyak-rabak diperlakukannya.
Ia bukan sangat berkisar kepada keputusannya untuk menyuruh Luis Suarez atau Ivan Rakitic atau Arturo Vidal agar angkat kaki.
Sebaliknya, ia berlegar kepada kejutan daripada Lionel Messi yang baru memaklumkan hasratnya untuk meninggalkan pasukan – bahawa dia tidak lagi berasa selesa di Camp Nou di mana dia berumah sejak kanak-kanak lagi.
Pedih daripada pendirian Messi itu dirasakan lebih menghiris daripada kekalahan 8-2 yang mengaibkan kepada Bayern Munich hinggakan keputusan itu dirasakan tidak terlalu menusuk hati dibandingkan dengan rajuk ‘anak emas’ mereka itu.
Ini harus pengakhiran kepada satu era. Josep Bartomeu akan terpahat dalam sejarah selaku presiden kelab sewaktu Messi ‘angkat bungkus’ dari kelab Catalan itu.
Messi tidak dapat menerimanya lagi, ditambah dengan rasa kecewanya terhadap lembaga pengarah Barca sejak sekian lama.
Mereka tidak mengendahkan permintaannya untuk mendapatkan pemain tertentu sambil pasukan terus-menerus merudum hingga diperlekehkan di peringkat Eropah. Sekadar menang LaLiga tidak lagi memuaskan hatinya, apatah lagi jika gagal seperti musim ini.
Ketibaan Quique Setien bagi menggantikan Ernesto Valverde selaku pengurus gagal menghasilkan kejayaan diharapkan hingga musim ini diranapkan dengan keaiban di tangan Bayern itu.
Pun begitu, Messi tidak terlintas untuk meninggalkan Barcelona – ia tidak langsung berkemungkinan -- kerana hayatnya adalah di kota raya itu.

Kemudian, Koeman tiba dan itu tambah mengecewakannya lantaran cara bekas pengurus Belanda itu menangani Messi dan rakan-rakan karibnya, terutama Suarez.
Gara-garanya juga, dia tidak berlengah menghantar faks memaklumkan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu – satu-satunya pasukan kelab yang diwakilinya selama ini.
Seperti diandaikan oleh Marca, Koeman mungkin sudah keterlaluan dalam menangani pemain sebesar Messi apabila pengurus itu diuar-uarkan telah menuturkan sesuatu yang menyakiti hati pemain berkenaan.
Koeman dipetik memberitahu Messi: “Segala keistimewaan dalam pasukan ini sudah berakhir. Anda perlu melakukan segala-galanya untuk pasukan. Saya akan bersikap fleksibel dan anda hanya perlu memikirkan mengenai pasukan.”
Ia dilihat sebagai satu perbuatan menunjukkan kuasa atau siapa bos oleh Koeman yang nyata tidak disenangi Messi, terutama hubungannya dengan pengurus tidak pernah sedemikian sepanjang kariernya.
Lantas, sehelai pesanan faksnya kepada pengurusan tertinggi Barca cukup untuk menyudahkan segala-galanya.
(BERSAMBUNG)