Khabarnya pengumuman Lionel Messi mengenai keinginannya untuk meninggalkan Barcelona menimbulkan gempar merentasi dunia bola sepak.
Dalam pada itu, ia juga bukan sesuatu yang tidak terduga jika diambil kira bintang Argentina itu sudah kerap meluahkan kekecewaannya terhadap kelab Catalan itu selepas beberapa siri kegagalan tanpa banyak langkah penambahbaikan.
Siri trilogi ini akan menyelami punca-punca Messi ingin membawa pergi hati yang rajuk seperti yang disorot akhbar sukan harian popular Sepanyol, Marca.
Dilaporkan Barca juga sudah hilang sabar dengan ego besar Messi yang menuntut untuk diutamakan dalam sebarang keadaan serta kehendaknya harus sentiasa dituruti tanpa banyak persoalan hingga kepada pilihannya terhadap pemilihan pengurus, pemain mahupun strategi permainan.
Messi boleh menjadi pemimpin, berupaya memikul peranan perancang di samping menghadirkan sentuhan penyudah dalam menghasilkan jaringan.
Pun begitu, Messi tidak mampu menjamin kemenangan, apatah lagi kejuaraan, kerana tidak mungkin dia dapat melakukan segala-galanya bersendirian dalam bola sepak yang memerlukan kerjasama 11 pemain sepasukan.
Analisis terhadap keributan terbaru yang melingkari dirinya, jelas sekali berbagai-bagai tapi seperti dirumuskan Marca, pengumumannya untuk meninggalkan Nou Camp didorong oleh kekecewaannya sendiri yang tidak lagi terbendung.
Messi dilaporkan teramat kecewa dengan Barca selepas beberapa siri penyingkiran daripada Liga Juara-Juara (UCL) kepada Juventus, Roma dan Liverpool, yang kesemuanya tidak disusuli pelaburan secukupnya untuk menambah baik pasukan bagi memastikan mereka mampu bersaing di peringkat Eropah.
Terbaru, keaiban daripada kekalahan 8-2 kepada Bayern Munich dalam suku akhir UCL di Estadio da Luz, Lisbon, 15 Ogos lalu, sekadar mengesahkan keupayaan pasukan sudah tersasar jauh daripada tahap kegemilangan mereka.
Sudah kerap juga Messi menyaksikan ketibaan pemain baru – Ousmane Dembele dan Antoine Griezmann antaranya -- yang gagal menyerlah sambil usahanya sendiri untuk meyakinkan kelab agar mendapatkan semula Neymar terus menemui jalan buntu.
Hierarki kelab dikatakan tidak bersungguh-sungguh untuk merealisasikan harapan itu, sebaliknya lebih tertumpu kepada rancangan jangka panjang yang beransur-ansur menyisihkan Messi pada usia 33 tahun kini.
Terdapat juga faktor-faktor sampingan, contohnya mesej-mesej menyakitkan hati terhadap pemain dalam media sosial, termasuk isteri Messi sendiri tidak terkecuali, di samping pertengkaran dengan pengarah sukan, Eric Abidal, susulan kritikan terbukanya terhadap pemain Januari lalu.
Sebagai memburukkan lagi keadaan, timbul pula pertikaian terhadap cadangan pengurangan gaji pemain gara-gara pandemik COVID-19 hingga menjejaskan keharmonian dalam pasukan, lantas menyaksikan prestasi merudum, membawa kepada kegagalan mempertahankan kejuaraan LaLiga yang diragut musuh ketat, Real Madrid.
Barangkali mudah untuk menyimpulkan semuanya sebagai Messi sudah hilang keyakinan terhadap hierarki Barcelona untuk melakukan secukupnya bagi memacu kelab itu terus ke hadapan.
(BERSAMBUNG)