Bekas atlet merempat, menjual jambu, menyanyi di tepi jalan namun ada juga yang berjaya menjadi jurulatih dan di dalam dunia korporat.
Kehidupan selepas sukan sememangnya amat mencabar buat bekas atlet negara.
Penulis mendapat ilham menulis artikel ini daripada pengalaman sendiri sebagai bekas pemain elit skuasy kebangsaan selama 20 tahun yang membuat transisi ke karier baru, dan mengharapkan sedikit sebanyak perkongsian ini boleh dijadikan panduan kepada para atlet negara selain memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa keperitan yang dilalui oleh atlet adalah benar dan memerlukan sokongan mereka.
Kerana ego, menjaga maruah dan nama, kebanyakan atlet yang melalui transisi kehidupan baru jarang mengaku bahawa menghadapi realiti sebenar dunia baru ini sungguh sukar dan atlet memerlukan masa untuk mengadaptasinya, lebih-lebih lagi bersara sebagai atlet ternama memberi impak dari segi kehilangan punca kewangan yang mendadak termasuklah kesan emosi dan psikologi.
Baru-baru ini ratu skuasy dunia, Datuk Nicol David mengumumkan persaraannya pada Jun 2019 nanti dan ini merupakan perkara paling sukar dalam hidupnya untuk melepaskan karier sukan kerana selama ini sukan skuasy adalah identitinya.
Setiap atlet yang baru bersara pasti melalui kemurungan secara langsung atau tidak langsung kerana perasaan itu seakan-akan putus cinta dengan si dia, iaitu sukan yang paling yang dicintai dan berkecamuk untuk memikirkan 'Siapa saya selepas sukan?'.
Paling menyedihkan, kita juga mendengar cerita ada bekas atlet negara yang merempat dan tidur di surau kerana ditipu, ada yang menyanyi di tepi jalan untuk menganggung kehidupan, termasuklah menjual jambu selain pemenang anugerah berprestij, Anugerah PUSKAS FIFA 2015, iaitu Faiz Subri juga tidak terlepas melalui realiti seorang atlet yang mudah dilupakan dan kini menjual minyak wangi.
Pengalaman penulis sendiri menangis dan ketawa dengan kehidupan selepas sukan, sesungguhnya ini adalah 8 perkara paling penting setiap atlet perlu lakukan bagi persiapan menghadapi kehidupan selepas sukan.
1. Fikirkan karier selepas sukan
Tidak semestinya perlu bekerja dalam industri sukan kerana banyak lagi pilihan tetapi pastikan ia dekat dihati.
2. Perancangan
Sedikit sebanyak perlu merancang dari segi kerjaya, kewangan, keluarga dan kesihatan mental dan emosi. Pastikan apa skil, pengalaman, kelayakan dan bantuan yang diperlukan. Jangan fikirkan hanya selepas bersara kerana mungkin terlambat.
3. Skil baru
Memang di luar sana lautan bergelora, asalkan rendah diri dan ingin belajar. Tidak terlalu awal untuk mengambil kurus yang sesuai semasa masih aktif sebagai atlet supaya bersedia untuk karier baru sebaik sahaja bersara. Atlet juga perlu bangga dengan karakter positif antaranya displin, komited, dan bekerja keras sesuatu yang sememangnya dicari-cari oleh majikan.
4. Matlamat hidup
Selalunya atlet akan senaraikan matlamat yang ingin dicapai dalam sukan dan ini boleh diaplikasikan untuk matlamat dalam hidup selepas sukan. Dengan ini, atlet lebih bersedia untuk merancang ke arah itu dengan positif.
5. Rangkaian sosial
Amat penting untuk mengenali komuniti luar dari sukan. Ini supaya seseorang atlet itu tidak terkongkong dengan dunia sukan sahaja. Pengetahuan tentang isu lain juga skil kehidupan sebenar cukup berguna.
6.Dapatkan sokongan
Tiada siapa yang dilahirkan sempurna. Kehebatan atlet dalam sukan pastinya dihormati namun realiti sebenar, skil berkomunikasi, menulis biodata untuk temuduga dan banyak lagi harus diberi fokus bagi persiapan berhijrah ke karier baru. Dapatkan nasihat konsultan, bekas atlet yang berjaya mahupun kini di Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun Majlis Sukan Negara (MSN) melalui program MACE boleh membantu.
7. Bersedia untuk berasa kecewa
Atlet perlu akur dan terima hakikat bahawa dunia glamor akan berakhir satu hari nanti. Kisah benar, masyarakat tidak akan memberi layanan seperti dahulu dan harapan menggunung untuk mendapat sokongan kemungkinan bukan seperti yang diimpikan. Nasihat penulis kepada atlet-jangan ambil hati, anda perlu terus mara ke hadapan.
8. Yakin dan berani
Dunia atlet dan dunia sebenar cukup berbeza. Memang biasa untuk berasa kecil di kalangan rakan-rakan dalam industri baru namun jika atlet itu betul-betul jujur dan bekerja keras untuk berjaya selepas karier sukan, tiada siapa yang dapat menghalang kejayaan.
Atlet sebagai individu yang dihormati dan menjadi ikon kepada masyarakat Malaysia, saya percaya dengan persiapan baik, sokongan dan keberanian untuk menempuhi cabaran baru, percayalah kehidupan selepas sukan sememangnya cukup menarik dan dapat membuka mata serta minda ke tahap yang baru.