Skip to main content

Rencana

Tolong Jangan Buat Eksperimen

230516malaysia.jpg

Senarai pemain yang dipilih oleh Datuk OKS bagi mengharungi aksi playoff Kelayakan Piala Asia 2019 menyaksikan 11 muka baru dipanggil menjalani latihan bersama skuad negara.

Siapa sangka pemain PDRM Abdul Latiff, dan Khair Jones dari Melaka United turut dipanggil buat pertama kali menyertai skuad kebangsaan selain dari 2 pemain yang jarang beraksi di saingan domestik seperti Amirulhadi Zainal dan Junior Eldstal. 

Amirulhadi gagal merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad JDT dan Junior pula dikhabarkan baru pulih dari kecederaan, namun mungkin Datuk OKS ada perancangan tersendiri.

7 lagi pemain yang dipilih dilihat memang merupakan kesebelasan utama yang kerap beraksi bersama pasukan masing- masing seperti Fazly Mazlan, S. Chanturu, Fakri Saarani, R. Gopinathan, Hazwan bakri, Cristie Jayaseelan, dan S. Kumaahran.

Selebihnya adalah 14 pemain yang 'regular' seperti Izham Tarmizi, Khairul Fahmi, Farhan Abu Bakar, Safiq Rahim, S Kunanlan, Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Amri Yahyah, Baddrol Bakhtiar, Shahrom Abdul Kalam, Azrif Nasrulhaq, Brendan Gan, Matthew Davies, dan Mohamad Amirulhisyam Awang Kechik.

Adunan pemain kali ini dilihat seimbang di antara pemain senior dan pemain muda namun peminat pastinya mengharapkan agar Harimau Malaysia mampu tampil lebih garang bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia menentang Timor Leste. Jika keputusan perlawanan tidak memihak kepada Malaysia, ianya pasti satu malapetaka buat Datuk Ong Kim Swee dan bola sepak Malaysia.

Biarpun berkedudukan rapat dalam ranking FIFA ( 174 & 175) di antara Malaysia dan Timur Leste, namun kita seharusnya berada di hadapan mereka berdasarkan fasiliti dan kualiti yang kita ada di negara ini. Dengan perlawanan persahabatan menentang Myanmar pada 28 Mei ini, diharapkan skuad kali ini tidak lagi bereksperimen dengan setiap perlawanan yang dihadapi dan mengembalikan kepercayaan peminat bola sepak terhadap pasukan kebangsaan.

Advertisement

Must Watch Video