RENCANA
Tidak adalah pelik mana
Pada episod pertama untuk musim baharu Sorakan 12, ada beberapa segmen yang didedikasi khas untuk bermain permainan bersama atlet jemputan.
Pada Isnin, salah satu perbincangan atau permainan yang ditampilkan adalah tentang sukan 'pelik' yang ada di seluruh dunia.
Ada beberapa sukan yang diusulkan, antaranya petanque, curling dan sebagainya. Secara peribadinya, saya tidak pernah merasa sebarang sukan adalah 'pelik'. Mungkin kurang 'mainstream' sekiranya dibandingkan dengan sukan lain seperti bola sepak, badminton mahupun hoki - tetapi tahukah anda dedikasi dan cara berlatih yang diberikan atlet 'sukan pelik' ini juga tinggi menggunung?
Iklan
Sama sahaja seperti mana-mana pun pemain bolasepak ataupun atlet olahraga lain di seluruh dunia!
Untuk sukan seperti hoki ais, nama seperti Wayne Gretzky tidak asing buat peminat Liga Kebangsaan Hoki di Kanada dan Amerika Syarikat. Bukan peminat sahaja yang menggelarkan beliau pemain terbaik sepanjang zaman, malah wartawan sukan di seluruh dunia juga mengiktiraf kehebatan beliau dalam penulisan mereka!
Buat sukan petanque pula, nama yang kerap kali didengar (mungkin ramai daripada anda yang belum tahu) adalah Marco Foyot, juara Perancis yang dilabel peminat sebagai 'the best of all time'. Untuk pengetahuan anda juga, sukan Petanque berasal dari negara Perancis jadi cara sebutannya haruslah berbunyi sedikit French iaitu Pay-Tong.
Now you know!
Ramai lagi sebenarnya ikon ataupun legenda sukan-sukan 'pelik' ini yang boleh kita senaraikan - tapi di sini saya hanya mahu menekankan satu perkara sahaja.
Memanglah sukan sebegini tidak mainstream seperti sukan yang lain tapi di manakah bezanya kesungguhan atlet sukan 'pelik' ini jika dibandingkan dengan kesungguhan atlit yang lain?
Adakah disiplin Marco Foyot dalam sukan petanque dahulu tidak setinggi Rafael Nadal dalam sukan tenis sekarang? Apakah kesungguhan Wayne Gretzky dalam sukan hoki ais dahulu tidak sehebat David Beckham dalam sukan bolasepak?
Kurang adil untuk kita menyenaraikan pemain-pemain ini dalam kategori 'pelik'.
Mereka juga atlet yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga dalam sesi latihan dan juga perlawanan - sama sahaja dengan atlet yang lain.
Mereka bukan lah atlet sukan 'pelik', mereka juga atlet luar biasa! :)
Must-Watch Video