Malaysia akan kembali bertemu Indonesia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.
Dalam perlawanan pertama di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Jakarta, September lalu, skuad Negara meraih kemenangan 3-2 hasil jaringan Mohamadou Sumareh (2) dan Syafiq Ahmad.
Di sebalik kejayaan itu, penyokong negara yang bertandang ke sana berdepan serangan daripada sebahagian besar penyokong fanatik tuan rumah dengan ada dalam kalangan mereka yang mendakwa dihujani balingan batu, air kencing, besi, bom asap dan suar.
Selain itu, mereka turut dikuarantin selama tiga jam dalam ruangan sempit di bawah tanah sebelum dibenar meninggalkan stadium.
Susulan itu, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didenda sebanyak RM190,000 oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) -- satu hukuman yang dilihat cukup ringan berbanding apa yang dilalui penyokong negara di SUGBK.
Justeru, sudah mula ada ura-ura bahawa terdapat sebahagian penyokong kita yang sedia menuntut bela dengan meletakkan penyokong Indonesia yang akan berkunjung ke Stadium Nasional sebagai sasaran.
Jika benar itu berlaku, apakah keuntungan yang akan kita dapat dengan mengulangi tindakan ‘barbaric’ seperti yang dilakukan penyokong Indonesia sebelum ini?
Harus diingat, ia merupakan perlawanan peringkat antarabangsa dan setiap apa yang dilakukan pasti akan menangkap mata dunia.
Seharusnya maruah dan nama baik negara dijadikan keutamaan dan penyokong Malaysia perlu membuktikan bahawasanya kita merupakan warganegara yang penuh dengan nilai kesopanan dan kesusilaan – prinsip kelima dalam Rukun Negara.
Benar, apa yang dilakukan mereka sebelum ini amat sukar untuk diterima tetapi apa bezanya kita jika mengulangi perkara yang sama?
Sampai bila persengketaan ini mahu diteruskan?
Jika kita ulangi perkara sama di sini, akan datang, mereka akan ulang lagi perkara yang sama di sana dan begitulah seterusnya.
Kita benci provokasi melampau mereka, kita benci tindakan ganas mereka, lalu mahukah kita menjadi seperti mereka yang kita benci?
Seharusnya kita mengajar mereka dengan memberikan contoh terbaik, iaitu berkelakuan mulia dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke stadium kita.
Dengan itu, mereka akan lebih terkesan dan menyedari kesilapan yang telah dilakukan.
Lupakan hasrat untuk membalas dendam kerana tugasan utama kita adalah untuk menyokong skuad negara dalam setiap perlawanan.
Semoga Malaysia akan menewaskan Indonesia dan tiada insiden yang tidak diingini sepanjang perlawanan malam esok.