Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia secara rasminya membuka tirai pada 6 Oktober dengan perjuangan kontinjen Malaysia bakal menjadi tumpuan sepanjang seminggu temasya itu berlangsung.
Sudah pasti kejayaan yang dilakar pada temasya Paralimpik Rio 2016 di samping Para ASEAN tahun lalu di Kuala Lumpur mahu diteruskan dengan matlamat utama untuk mencari lebih ramai atlit yang dapat melayakkan diri ke Paralimpik berikutnya di Tokyo, dua tahun daripada sekarang.
Empat tahun lalu di Incheon, kontinjen negara secara keseluruhan meraih 15 pingat emas, 20 perak serta 27 gangsa dengan menduduki tangga ketujuh keseluruhan daripada 32 negara yang ambil bahagian.
Majoriti daripada kutipan emas itu hadir menerusi olahraga dengan tumpuan ketika itu terarah kepada Allahyarham Mohammad Azlan Mat Lazin yang mengungguli acara yang disertainya selain badminton, boling padang serta pelayaran yang turut menyumbangkan emas buat Malaysia.
Prestasi itu sekali lagi menjadi ukuran terhadap kemampuan kontinjen negara pada temasya kali ini dengan 15 pingat emas menjadi sasaran utama.
Daripada segi perbandingan prestasi, ada beberapa sukan yang dilihat mampu untuk merealisasikan sasaran berkenaan walaupun tidak dinafikan kualiti atlit yang ambil bahagian kali ini lebih baik berbanding edisi sebelumnya.
Khususnya buat tuan rumah, Indonesia yang duduki tangga kesembilan keseluruhan di Incheon yang mengharapkan kelebihan laman sendiri untuk perbaiki pencapaian berkenaan.
Jadi kepada peminat sukan tempatan, teruskan beri sokongan anda kepada atlit-atlit "luar biasa" ini bagi memperoleh kejayaan buat Malaysia sekaligus menyaksikan Jalur Gemilang serta lagu "Negaraku" gegarkan venue pertandingan.
Jangan lupa juga ikuti laporan oleh wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam sepanjang seminggu temasya ini berlangsung.
Kepada atlit para negara, anda sentiasa menjadi wira kami semua dan teruskan semangat "luar biasa" anda!