Dengan keperkasaan bakat dan personalitinya, sejak sekian lama Usain Bolt adalah figura paling berpengaruh dalam sukan yang diceburi dan didominasinya.
Di sebalik kekalahannya dalam acara 100 meter Kejohanan Dunia Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) di London malam Sabtu lalu, dia masih bercadang untuk bersaing dalam acara 4x100 meter untuk Jamaica, Sabtu depan.
Namun, beban terbesarnya sudah pun dilepaskannya kecualilah dia mengubah pelan persaraannya.
Walaupun kekalahannya yang tidak dijangka di Stadium London kelmarin amat mengecewakan, hampir seluruh perjalanan kariernya ibarat melawan arus ketika acara trek dan padang dicemari krisis doping dan kredibiliti.
Di sebalik ramai daripada pesaingnya dan beberapa rakan senegaranya sendiri dalam skuad olahraga Jamaica turut digantung gara-gara menggunakan bahan terlarang, Bolt tidak pernah terjebak atau diumumkan diuji positif.
Dia kekal sebagai salah seorang daripada tiga pemenang tiga gelaran juara 100 meter dunia – selain pelari Amerika Syarikat, Carl Lewis dan Maurice Greene.
Tapi, tiada pelari hebat yang memiliki adunan ‘sifat main-main dan tiada belas ihsan’ pada hari perlumbaan sepertinya. Malah, dia amat bagus dalam berkomunikasi dengan sejumlah penonton yang besar, yang sanggup membayar hanya untuk menyaksikan dia berlumba.
Bolt menyapu pingat emas 100 dan 200 meter dalam setiap satu daripada tiga Sukan Olimpik terakhir – satu pencapaian yang tiada duluannya.
Dia juga telah memenangi empat kejuaraan dunia dalam acara 200 meter di sebalik dia memilih untuk tidak menyertai acara berkenaan di London kali ini.
Sejak 2008, apabila dia tampil selaku bintang global dalam Sukan Olimpik Beijing, dia hanya tewas dua final individu dalam kejohanan utama.
Kali pertama berlaku pada 2011 apabila permulaannya dibatalkan dalam final 100 meter dalam Kejohanan Dunia di Daegu, Korea Selatan dan yang kedua malam kelmarin di stadium yang sama dia meraih tiga emas dalam Sukan Olimpik 2012.
Bolt telah pernah menang selaku pilihan terhangat, seperti yang dilakukannya dalam Kejohanan Dunia di Berlin pada 2009, di mana dia mencipta rekod dunia dalam acara 100 dan 200 meter yang masih bertahan hingga ke hari ini.
Dia juga pernah menang secara berulang kali di sebalik persiapan yang kurang ideal dan kebimbangan terhadap kesiapsagaannya.
Dia telah berlari tiga perlumbaan 100 meter tahun ini sebelum ketibaannya di London, dengan cuma sekali mencatat masa di bawah 10 saat ketika dia menang dengan catatan 9.95 saat di Monaco bulan lalu.

Jelaslah, Bolt masih boleh terdedah kepada kekalahan tapi pada masa lalu, dengan segala tumpuan ke atasnya, dia masih berupaya menemui kepantasan dan iltizam untuk kekal selaku manusia terpantas dunia.
Namun, kali ini, dia terkandas – hinggakan kekalahannya di samping kemenangan yang berpihak kepada pelari lain – seboleh-bolehnya tidak mahu diiktiraf dan direstui penonton di Stadium London.
Begitupun, di sebalik ditinggalkan Gatlin dan Coleman dalam perlumbaan kelmarin, dia masih meninggalkan ruang kosong yang besar untuk diisi.
Untuk mengambil alih kekosongan yang ditinggalkan dengan persaraannya, ia akan terserlah sebagai satu cabaran yang teramat besar.
Tapi, buat ketika ini, ia bukan lagi masalah yang akan mengganggu tidur malam Bolt.
(bersambung)