Skip to main content

Rencana

​​T​E​RENGGANU ATAU PDRM

pialatunrazak1.jpg
Dua buah pasukan bukan pilihan berjaya mara ke perlawanan TNB Piala Tun Abdul Razak 2016. Terengganu menewaskan juara bertahan Melaka 4 - 0 manakala PDRM menewaskan pasukan bintang Perak 3 - 0.

Sebelum perlawanan separuh akhir saya menjangkakan Melaka dan Perak akan layak berasaskan prestasi mereka semasa peringkat kumpulan dan juga kekuatan keseluruhan pasukan.

Ternyata "Bola Itu Bulat" apa pun boleh berlaku.

Terengganu yang pernah menjadi juara pada tahun 2012 pasti mengejar kejuaraan kedua.

PDRM pula berpeluang mencatat sejarah tersendiri jika mereka muncul juara kerana dalam sejarah penglibatan PDRM mereka belum pernah bergelar juara.

Setakat ini penjaring terbanyak di kongsi oleh ketua pasukan Terengganu Faizal Saari dan pakar pukulan sudut penalti terbaik negara iaitu pertahanan PDRM, Razie Rahim. Masing-masing telah menjaringkan 5 gol.

Terengganu amat bergantung kepada 'Trio 3 F', Fitri, Faizal dan Firhan. Dibantu oleh Hafizuddin Othman, Nik Aiman dan Sufi Ismat.

Razie Rahim dan Nabil Fiqri adalah 2 watak yang bantu melonjakkan PDRM ke Final tahun ini.

Baru saja menyertai Polis DiRaja Malaysia sebagai Pegawai Kadet yang masih lagi menjalani latihan di Pulapol. Kehadiran mereka mengubah wajah dan watak pasukan PDRM di mana mereka adalah Juara Div 2 tahun lepas. 

Selain 2 watak ini PDRM di barisi oleh beberapa bekas pemain Negara seperti Kelvinder Singh, Megat Azrafiq, Jivan Mohan, Azreen Rizal dan Baljit Singh Sarajab Singh.

Saya melihat Terengganu sememangnya mempunyai Faizal Saari yang mampu merobek benteng lawan seperti yang beliau tunjukkan semasa manjaringkan 2 gol menentang Melaka. Tetapi pertahanan Melaka di barisi oleh pemain  kurang berpengalaman yang agak gugup bila berhadapan dengan pemain berpengalaman seperti Faizal.

Berlainan dengan pertahanan PDRM yang di barisi oleh 3 pemain berpengalaman Razie, Megat dan Baljit.

Watak utama yang akan tentukan kemenangan buat pasukan masing masing pada pandangan saya adalah midfield tengah kedua2 Pasukan iaitu Fitri untuk Terengganu dan Jivan Mohan untuk PDRM. 

Jika Fitri diberi ruang dan masa beliau "can do wonders". Boleh di katakan semua gerakan serangan akan dicetuskan oleh beliau. Jika Jivan melakukan tugas dengan cemerlang merantai atau menghadkan pergerakan Fitri, PDRM berpeluang.

Dari segi pukulan sudut penalti mereka mempunyai kekuatan seimbang dimana Terengganu punyai Faizal, PDRM pula Razie Rahim. 

Saya tertarik dengan prestasi yang ditunjukkan oleh penjaga gol PDRM, Zaidi Ibrahim. Beliau telah banyak menyelamatkan gawang gol PDRM dalam beberapa perlawanan penting di Kejohanan ini. Pasti prestasi cemerlang beliau amat diharapkan pada Final malam ini.

Di khabarkan juga PDRM akan membawa penyokong-penyokong mereka yang terdiri dari ratusan Kadet Polis yang sedang menjalani latihan di Pulapol.

Saya menjangkakan Final yang menarik malam ini setelah pasukan pilihan Melaka dan Perak tersisih, Terengganu dan PDRM merasakan inilah peluang terbaik untuk menjadi Juara TNB Piala Tun Abdul Razak yang ke-54 ini.

Setelah jangkaan saya meleset tentang keputusan separuh akhir Jumaat lalu, Final kali ini saya tetap untuk meneka pasukan mana yang akan keluar sebagai Juara.

My "Take" adalah Pasukan Polis DiRaja Malaysia akan menjadi Juara buat pertama kalinya.

Apa pun seperti biasa semua kena ingat "Bola Itu Bulat".

All The Best kepada kedua-dua Pasukan!
 

Advertisement

Must Watch Video