RENCANA
Tepuk Dada, Tanya Selera
Ramai diluar sana berpendapat jurulatih asing lebih layak mengisi kekosongan tersebut bagi mengembalikan maruah bolasepak negara yang dipalit peristiwa hitam dibelasah pasukan Arab Saudi. Tidak kurang juga cakap cakap kosong yang mahu tenaga jurulatih tempatan dipilih bagi jawatan itu.
Jika sejarah diungkap semula, Hatem Soussi, Allan Harris dan mendiang Bertalan Beskei semuanya bermula selaku jurulatih skuad muda kebangsaan, sebelum beralih ke pasukan senior. Namun hasil yang diinginkan, masih belum menjadi realiti.
Skrip sama diterjemahkan bekas jurulatih negara tempatan. Dari Wan Jamak Wan Hassan, Datuk K. Rajagobal, mahupun yang terkini, Dollah Salleh, semuanya meninggalkan kerusi ketua jurulatih pada masa skuad negara dipalit kekalahan dan keputusan mengecewakan.
Iklan
Persoalannya, kriteria apakah yang paling utama untuk mengisi kekosongan penting dalam skuad kebangsaan. Apakah cukup sekadar memenangi kejuaraan domestik? Ataupun memilih jurulatih yang sekadar punyai nama selaku bekas pemain hebat?
Perlu diingat, pemain pemain yang ada kini sudah melepasi porestasi kemuncak mereka dan Malaysia perlu segera mencari pemain pelapis negara secepat mungkin. Lupakan seketika pemain remaja dari NFDP, kerana FAM selaku badan unduk yang lebih berkuasa keatas bolasepak negara perlu lebih efisyen dalam usaha membawa skuad Harimau Malaya.
Jika kekosongan ketua jurulatih telah diisi secara tetap nanti, tangan tangan yang sentiasa mengganggu kredibiliti seorang jurulatih harus ditebas kerana mana mungkin sebuah kapal mampu belayar cemerlang jika mempunyai lebih dari satu nakhoda.
Nakhoda yang telah dipilih pula, sama ada tenaga tempatan ataupun luar perlu sedar tanggungjawab dan beban yang dipikul perlu mengharungi ribut dan ombak di lautan bergelora kerana bolasepak negara telah terlalu lama belayar bersama nakhoda yang belayar tanpa hala tuju.
Must-Watch Video