Arsenal mungkin tidak tampil meyakinkan, namun mereka tetap melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas mengikat Sporting CP tanpa jaringan dalam aksi kedua suku akhir.
Keputusan 0-0 di Stadium Emirates sudah memadai buat skuad kendalian Mikel Arteta untuk mara dengan agregat 1-0 -- hasil jaringan lewat Kai Havertz dalam aksi pertama di Lisbon.
Advertisement
Aksi di laman sendiri sepatutnya menjadi platform Arsenal untuk tampil lebih dominan, namun realitinya berbeza.
The Gunners bergelut untuk mencipta peluang berkualiti, malah hanya merekodkan satu percubaan tepat ke sasaran sepanjang 90 minit.
Sebaliknya, Sporting tampil lebih berbahaya, percubaan Geny Catamo terkena tiang serta beberapa peluang lewat hampir memusnahkan kelebihan Arsenal
Namun, disiplin pertahanan Arsenal menjadi penyelamat -- mencatatkan satu lagi 'clean sheet' penting dalam kempen Eropah mereka.
Arsenal mungkin tidak tajam di serangan, tetapi struktur defensif mereka kini antara yang paling konsisten di Eropah.
Kejayaan ini menyaksikan Arsenal layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara dua musim berturut-turut (pertama kali dalam sejarah kelab) dan bakal berdepan Atletico Madrid dalam perebutan tiket ke final.
Namun, persoalan besar masih wujud -- Adakah prestasi seperti ini cukup untuk menewaskan pasukan seperti Atletico? Mampukah Arsenal mengekalkan konsistensi dalam dua pertandingan serentak?