Beberapa hari sebelum saingan Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia, tumpuan akhbar tempatan lebih menjurus kepada persaingan Nixson Kennedy yang mencabar Russel Alexander Nasir Taib.
Russel, atlet Malaysia kelahiran Australia curi tumpuan setelah memecahkan rekod kebangsaan milik Khairul Hafiz Jantan, dengan catatan 20.77 saat dalam Kejohanan Trek Klasik Queensland 23 Mac lalu.
Namun, bagaikan filem anti-klimaks, Lalu Muhammad Zohri Lalu Ahmad Yani, yang mengungguli saingan 100 meter pecut lelaki dengan catatan 10.20 saat.
Nama Zohri bukan asing, anak muda berusia 18 tahun kelahiran Lombok Utara, wilayah Nusa Tenggara Barat, Indonesia, pernah menggegar dunia dengan meraih emas 100 meter pecut lelaki apabila menewaskan pelari Amerika Syarikat, Anthony Schwartz dan Eric Harrison, dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Tampere, Finland tahun lalu.
Ia merupakan pencapaian terbaik Indonesia dalam saingan bawah kelolaan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dalam tempoh 32 sejak tahun 1986.
Seperti mana kehidupan anak-anak kampung yang biasa ditonton dalam drama sinetron Indonesia, Zohri bukanlah lahir dari keluarga yang berada. Tiada kasut mahal beralaskan lapik berteknologi tinggi, Zohri tidak punyai duit untuk membeli kasut, justeru berlari berkaki ayam. Apatah lagi rumahnya juga usang, dan hidup dalam kedaifan.
Perubahan 360 darjah buat “Badok”, nama panggilan Zohri di desa, setelah ibunya, Saeriah meninggal dunia pada 2015. Jika dahulu, Zohri seorang yang pemalas dan sering tuang dari menghadiri sesi persekolahan, dia kemudiannya berubah menjadi lebih berdisplin, sehinggakan boleh bangun sendiri setiap kali azan subuh berkumandang tanpa dikejut. Setahun kemudian, bapa Zohri pula meninggal dunia. Zohri kemudian dijaga oleh kakaknya, Fadillah.
Zohri adalah contoh insan berjiwa kental, tidak tunduk dengan kemiskinan dan konflik hidup, dan akhirnya kini menjadi salah satu ahli sukan meningkat naik di Indonesia.Sungguhpun begitu, Dikhabarkan jika ada kelapangan, Zohri masih pulang ke rumahnya di Lombok Utara, yang berkeluasan 7 x 4 meter yang masih tersimpan barang peribadi arwah ayah dan ibunya.
Rekod manusia terpantas Asia Tenggara masih lagi milik Suryo Agung Wibowo, dengan catatan 10.17 saat di lakar di Sukan SEA Laos 2009. Berdasarkan prestasi semasa Zohri, tidak mustahil dia mampu memecahkan rekod itu, siapa tahu di Sukan SEA Manila hujung tahun ini.