Tarik diri? Itulah yang penulis baca di dada akhbar tempatan pagi ini berkenaan dengan skuad bola sepak negara yang akan beraksi dalam Sukan Asia 2018. Penulis ingatkan hanya isu berkaitan undian sahaja yang menjadi perhatian, rupanya persiapan skuad negara turut bermasalah.
Penulis mulakan dengan isu berkaitan undian bagi acara bola sepak di Sukan Asia 2018. Undian akan dijalankan sekali lagi memandangkan pihak penganjur terlepas pandang beberapa pasukan bertanding seperti China, Palestin dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Apa yang lebih menarik, pasukan negara tidak sekumpulan dengan mereka, tetapi akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan China sebagai perlawanan pemanas badan, apa akan jadi andai Malaysia diundi sekumpulan dengan China apabila undian semula dijalankan nanti? Adakah perlawanan persahabatan itu masih relevan? Malaysia kini diundi bersama Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan.
Namun, di sebalik isu undian, Malaysia turut berdepan masalah mengumpulkan pemain kerana pemain yang dipanggil turut beraksi dalam liga tempatan.
Sukan Asia 2018 berjalan serentak dengan Piala Malaysia dan ramai pemain turut terlibat.
Situasi ini sepatutnya dibincang dan diselesaikan secara baik di antara pihak FAM dan persatuan kelab dan negeri.
Benar ada kelab yang sudah pun melepaskan pemain mereka, namun masih ada pasukan yang belum berbuat sebegitu.
Hal ini ternyata menyukarkan pengendali, Datuk Ong Kim Swee, untuk mempersiapkan skuad terbaik untuk terbang ke Jakarta nanti.
Paling mengejutkan, Datuk OKS berkata andai beliau gagal megumpulkan minimum 18 pemain, keputusan terbaik adalah menarik diri daripada Sukan Asia 2018.
Ini adalah kerana terdapat ramai pemain muda yang dipanggil kini merupakan pemain tonggak untuk saingan tempatan. Jadi, ada persatuan yang tidak mahu melepaskan pemain mereka atas alasan Sukan Asia berada di luar kalendar FIFA.
Penulis amat berharap agar kata sepakat mampu dicapai oleh semua pihak dalam menyelesaikan isu ini kerana pada pandangan peribadi penulis, keutamaan untuk berkihdmat kepada negara harus diutamakan.