“Sayang, jom kita sama-sama jadi juara dunia!”
Itulah lafaz perkahwinan juara dunia skuasy 2019 Tarek Momen, yang mendirikan rumah tangga pada 2014, bersama pemain nombor 1 wanita dunia juga juara dunia 2017, Raneem El Welily.
Tarek dan Raneem cipta sejarah sebagai pasangan suami isteri pertama dalam mana-mana sukan rangkul kejuaraan dunia selepas berkahwin.
Pemain Mesir 31 tahun, Tarek, terlepas peluang dalam final edisi lalu, menewaskan Paul Coll di pentas akhir di depan penyokong tegar di Kompleks Skuasy dan Tenis Khalifa di Doha, Qatar, minggu lalu.
Naib juara Coll juga catat sejarah sebagai pemain New Zealand pertama layak ke final kejohanan dunia selepas 33 tahun pada edisi yang dianjurkan oleh Pengarah Teknikal Skuasy Qatar, iaitu bekas pemain skuasy negara, Ong Beng Hee.
Terus-terang, berbanding aksi Tarek atau ‘The Viper’ 10 tahun lalu, saya amat terkejut dengan peningkatan prestasi mendadak pemain yang mempunyai Sarjana dalam kejuruteraan elektronik muncul juara dunia 2019.
Motivasi dan aura positif pasti datang daripada isterinya, Raneem yang bertanggung-jawab merampas posisi nombor 1 dunia daripada Datuk Nicol David selepas legenda sukan negara itu bermaharajalela di atas selama 9 tahun pada September 2015.
‘Couple goals’ pasti dalam agenda Tarek kini di ranking nombor 3 dunia, dan Raneem juga dikenali ‘The Enigma’, masing-masing dari Cairo dan Alexandria untuk meneruskan cabaran muncul pasangan suami isteri pertama dalam sukan skuasy berada di ranking nombor 1 dunia.
Mana tahu, ada kemungkinan Tarek dan Raneem memasang impian untuk anak mereka juga ikut jejak langkah jadi juara dunia skuasy satu hari nanti.