RENCANA
Tanpa salji, Malaysia masih ke Olimpik
Pada usia empat tahun, Julian Yee, tidak sangka daripada meluncur ais di Sunway Pyramid Ice Rink, kini dia mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan bermula 9 hingga 25 Februari ini.
Malaysia negara tropika yang panas dan lembap tidak pernah merasai salji.
Ada pun salji buatan di I-city, Shah Alam.
Iklan
Julian, 21, merupakan atlet pertama negara layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk dan diberi penghormatan sebagai pembawa obor di mana jalur gemilang akan berkibar buat kali pertama dalam sejarah temasya ini bersama rakan sepasukan, Jeffrey Webb yang bertanding dalam acara 'alpine skiing' ditemani chef-de-mission, Datuk Mumtaz Jaafar dan dua orang jurulatih.
Berasal dari Petaling Jaya, Irene, ibu Julian juga memperkenalkan sukan luncur ais kepada dua adik-beradik lelakinya dan dengan bimbingan jurulatih profesional seperti Harry Leo dan kini Michael Hopfes serta Dough Leigh, atlet dengan ketinggian 1.68 meter ini cemerlang dengan dua penampilan kejohanan dunia dan muncul juara kebangsaan sebanyak lima kali.
Penampilan Malaysia antara enam negara yang beraksi buat kali pertama di temasya ini mengingatkan ramai kepada filem 'Cool Runnings' yang diterbitkan pada 1993 mengenai kisah benar pasukan 'bobsleigh' Jamaica yang beraksi buat julung kali di Sukan Olimpik Musim Sejuk 1988 di Kanada yang memberi inpirasi kepada seluruh dunia.
Menurut Julian, selain menunjukkan persembahan terbaik ditemani lagu tema 'To Build A Home', misinya di Pyeongchang untuk memperkenalkan Malaysia yang amat unik dan indah kepada semua masyarakat dunia.
Julian berharap kejayaannya akan memberi inspirasi kepada Malaysia bahawa dengan kerja keras, minta mendalam dan kepercayaan diri, kita mampu melakukan apa sahaja walapun hadapi halangan dan cabaran.
Moto 'Malaysia Boleh!' dibawa ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 oleh Julian Yee dan Jeffrey Webb.
Must-Watch Video