Skip to main content

Rencana

Taktikal Didier Deschamps menjadi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

umtiti-goal-france-belgium-world-cup.jpg
Kejayaan mengekalkan disiplin pertahanan secara berpasukan oleh Perancis serta mengawal rentak permainan dengan menukar taktikal dan strategi permainan memberi kejayaan kepada anak-anak buah Deschamps. Bermain secara bertahan dan hanya menunggu masa yang tepat untuk melakukan serangan balas itu memberi kelebihan kepada Perancis.

Walaupun ini nampak permainan yang negatif tetapi itulah hakikatnya apabila seseorang jurulatih itu bijak dalam merancang strategi setelah membuat analisa tentang sesebuah pasukan yang hendak dilawan. Dengan formasi 4-5-1 ramai yang menjangkakan Perancis akan bermain secara terbuka sebagai mana yang dilakukan semasa didalam kumpulan sehingga suku akhir tetapi sebaliknya dimana Oliver Giroud turun ke bahagian midfield untuk bertahan.

Dibahagian tengah yang begitu padat pula begitu sukar kepada Kevin De Bruyne serta ketua pasukan Belgium Eden Hazard untuk melakukan gerakan hantaran-hantaran lolos dan rembatan jarak jauh. Ketenangan dan ketahanan fizikal yang tinggi dimiliki oleh Ngolo Kante itu juga memainkan peranan kepada kejayaan Perancis. 

Kita dapat melihat bagaimana kerja keras dilakukan Kante yang mematikan setiap hantaran dibahagian tengah oleh pemain-pemain Belgium. Inilah kunci kejayaan Perancis apabila bahagian midfield mereka berjaya mengekang gerakan-gerakan Belgium. Persefahaman dan komunikasi dibahagian pertahanan begitu baik sekali. 

Ini ditunjukan oleh Samuel Umtiti dan Raphael Varane. Gandingan ini juga berjaya memberi tekanan kepada pertahanan Belgium semasa sepakan percuma atau sepakan sudut dan akhirnya Umtiti berjaya melakukan jaringan tunggal yang membawa Perancis ke pentas akhir Piala Dunia Russia 2018. Begitulah strategik dan taktikal yang berkesan dilakukan oleh Deschamps untuk menempah tiket ke perlawanan akhir.

Advertisement

Must Watch Video