Terima kasih Datuk Nicol Ann David sepanjang lebih dua dekad mewarnai arena skuasy tempatan dan antarabangsa.
Lapan kejuaraan dunia, tujuh pingat emas Sukan Asia, dua emas Sukan Komanwel dan memegang rekod pemain paling lama menghuni ranking pertama dunia (108 bulan atau sembilan tahun).
Ribuan penghargaan sudah diraih pemain berusia 36 tahun ini walaupun impian bantu skuasy ke Sukan Olimpik tidak kesampaian.
Realitinya, Nicol akan mencipta penanda aras baru kepada atlit negara.
Apa akan dilaluinya selepas bersara?
Takkan terima kasih saja?
Banyak mata akan memandang ke arah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Nik Razeen Daud dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Apakah tawaran kerajaan kepada ratu skuasy negara?
Takkan beliau terima nasib sama seperti atlit paralimpik yang berniaga jambu di tepi jalan selepas digugurkan daripada program kebangsaan?
Saya yakin Nicol sudah mempunyai perancangan sendiri, cuma apakah pelan kerajaan untuk memastikan pemain muda negara dapat mengikut jejak langkahnya?
Laluan Nicol selepas ini mungkin akan turut dilalui pemain wanita negara seperti Low Wee Wern, S. Sivasangari dan Aifa Azman.
Adakah ia menjamin tempoh persaraan, ditawarkan pekerjaan atau terpulang kepada mereka untuk mencatur masa depan sendiri sama seperti ketika mewakili negara.
Kita bercakap mengenai ikon sukan negara, bukan atlit biasa-biasa.
Malaysia hanya memiliki beberapa ikon sukan yang masih aktif seperti Datuk Lee Chong Wei (badminton), Azizulhasni Awang (basikal trek), Pandelela Rinong (terjun) sekaligus perlukan jagaan khas daripada kerajaan.
Mereka ini berpeluang menamatkan penantian 54 tahun untuk raih pingat emas sulung Sukan Olimpik di Tokyo, tahun depan.
Namanya terpahat di Arena Nicol David, Bukit Jalil begitu juga dengan Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David, Bukit Dumbar, Pulau Pinang sebagai penghargaan atas sumbangannya kepada negara.
Tetapi, cukupkah sekadar memahat nama di gelanggang?