Habis kecoh satu Malaysia gara-gara sebuah persatuan bola sepak terpaksa kutip derma untuk melangsaikan hutang mereka sendiri ketika orang ramai pula tengah 'serabut' dengan situasi semasa ekoran pandemik Covid-19.
Tindakan persatuan itu nyata memakan diri apabila mereka dikecam bertalu-talu dengan pelbagai reaksi diberikan netizen di laman media sosial. Tidak kira bangsa, agama, umur, pangkat dan darjat, semuanya 'naik angin' dengan persatuan itu.
Apa tidaknya, persatuan bola sepak yang minta derma, bukannya rumah kebajikan. Tapi, itulah realitinya kerana mereka tiada jalan lain dan terpaksa tebal muka untuk menagih simpati orang ramai demi 'survival' sebuah persatuan.
Seperti yang anda sudah tahu, ini berlaku kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Menerusi kenyataan media, KAFA tidak ada masa untuk selesaikan masalah ini terutama selepas Liga Malaysia ditangguhkan berikutan wabak COVID-19.
Apatah lagi, ketika ini semua pihak berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikatakan telah menyukarkan persatuan itu untuk mendapatkan sumber kewangan. Itu alasan yang diberikan persatuan tersebut.
KAFA perlu melunaskan 'hutang' bekas pemain import, Casio Francisco De Jesus berjumlah RM629,620.28 dalam tempoh 30 hari bermula 23 April lalu setelah diarahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Nampak susah buat KAFA kerana ia melibatkan satu jumlah yang besar. Tapi, jika gagal berbuat demikian, tindakan berat menanti persatuan itu dan mungkin berpotensi melumpuhkan bola sepak di negeri itu, terutama skuad Red Warrios dalam kancah liga tempatan.
Ia hutang lama di bawah pengurusan terdahulu, tapi ia tanggungjawab persatuan sekarang. Mahu tak mahu, mereka perlu cari 'pitih' untuk selesaikan masalah berkenaan. Saya sendiri rasa kesian, tapi dalam masa sama, rasa nak gelak.
Apa pun, sumbangan boleh disalurkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan, menerusi akaun Maybank 5530 1063 0676. Resit derma boleh dihantar melalui WhatsApp ke nombor 013 928 3293.