Ada yang mahu melancong ke luar negara, ada yang ingin mencuba hobi baru dan tidak kurang juga mereka yang berazam untuk mengurangkan berat badan!
Sebagai gadis yang tidak lama lagi bakal mencapai usia 25 tahun, saya juga mempunyai keinginan sebegini – namun sebagai salah seorang ahli keluarga Astro Arena dan pencinta sukan tanahair, saya juga ada senarai keinginan atau ‘wishlist’ 2016 yang bertemakan sukan. Salah satu daripadanya pastilah melibatkan pasukan bolasepak negara kita.
Saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang ingin melupakan tahun 2015 dalam sejarah bolasepak Malaysia…
Dibelasah oleh pihak lawan, kedudukan ranking yang begitu memalukan, tiadanya seorang ketua jurulatih yang tetap, politik beberapa pihak tertentu…
Kalau boleh, hendak saja klik butang ‘forward’ untuk mengurangkan rasa sakit hati melihat keadaan sebegini. Tahun 2015 boleh dikatakan tahun yang cukup gelap buat pasukan negara kita, dan tidak ada sesiapa pun yang mahu #throwbackThursday ataupun #flashbackFriday kepada saat itu.
Apa yang saya (dan berjuta peminat lain) harapkan buat tahun ini adalah untuk Harimau Malaya bangkit semula. Apa yang kami hendakkan adalah pasukan yang bersemangat, yang berusaha mempertahankan maruah negara, yang dahagakan kegemilangan.
Apa yang kami hendak lihat adalah nama Malaysia sekali lagi digeruni oleh pasukan negara lain, dan bukannya dilihat sebagai tiket kemenangan mudah!
Sudah terlalu lama kami menunggu, kembalilah wahai Harimau Malaya. Kembalilah kepada dirimu yang sebenar.