Skip to main content

Boling Padang

Terbuka Australia medan persediaan atlet boling padang negara menjelang Sukan Komanwel 2026

aa

Pasca Kejohanan Singles Dan Pairs Kebangsaan 2026, ketua jurulatih skuad boling padang negara, Fairul Izwan Abd Muin, beralih fokus kepada tugasan seterusnya iaitu di Terbuka Australia bermula 5 hingga 19 Jun depan.

Kem negara mempunyai tugasan penting untuk menggembalikan reputasi setiap pemain yang dibawa ke Australia yang juga merupakan sebahagian rangka persiapan ke temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Kejohanan Terbuka Australia merupakan antara pentas kompetitif dalam kalendar tahunan sukan boling padang, atas faktor itu, kem negara mempunyai sasaran tersendiri buat kelompok pemain elit negara.

Berdasarkan keputusan keseluruhan di kejohanan Singles dan Pairs Kebangsaan 2026, Fairul masih belum berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan pemain utama negara.

"Terbuka Australia merupakan persiapan buat atlet yang akan ke Sukan Komanwel, kejohanan bertaraf lima bintang dengan jaguh dunia mengambil bahagian.

"Saya harap atlet negara bersedia beraksi di venue berbeza, saya harap perkara itu dapat membantu mereka beraksi di Sukan Komanwel nanti." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video