Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Tiada wakil BAM di final, apa sudah jadi?

Masters Malaysia: Tiada wakil BAM di final, apa sudah jadi?

Tirai saingan Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 ditutup semalam, prestasi kem negara secara keseluruhannya bukan seperti yang diharapkan serta memerlukan penambahbaikan segala aspek bagi memastikan mereka masih mampu bersaing di pentas tertinggi.

Meskipun keputusan final Masters Malaysia 2026 bukanlah sesuatu yang diharapkan, kita tetap harus memberi kredit kepada Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kerana berjaya melangkah ke pusingan akhir sekaligus menamatkan penantian sembilan tahun pasangan tersebut beraksi di pentas akhir Masters Malaysia.

Namun, persoalan yang turut timbul, bagaimana pula prestasi sandaran utama Malaysia yang lain terutama pemain dibawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)?

Adakah mereka mencapai sasaran yang ditetapkan? Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Kenneth Jonassen, berkata "Pemain kita masih kekurangan daripada segi kepelbagaian corak permainan, keperluan untuk menukar corak permainan amat penting apabila berdepan lawan yang berbeza.

"Ia adalah luar daripada norma pemain -- melakukan sesuatu yang berbeza -- namun itulah yang perlu diterjemah di atas gelanggang. " 

Sektor beregu pula, ada sisi positif dan negatif yang boleh dinilai disebalik keupayaan beberapa wakil negara menghadirkan cabaran kompetitif kali ini.

"Saya gembira menyaksikan Yap Roy King-Wan Arif Junaidi yang berjaya melangkah ke separuh akhir," kata Pengarah Kejurulatihan beregu BAM, Rexy Mainaky.

"Secara keseluruhan, banyak lagi perkara yang harus diperbaiki barisan pemain beregu negara berdasarkan keputusan dalam Masters Malaysia kali ini." 

Senario ini perlu difikirkan BAM mahupun skuad profesional negara, adakah kita mahu terus menyaksikan tiada kejuaraan yang diraih pemain negara pada kejohanan berstatus Super 500 ke atas ataupun inilah sebenarnya masa terbaik untuk post mortem besar-besaran dilakukan jika kita mahu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kuasa besar badminton dunia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Must Watch Video