Kewajiban menswastakan setiap persatuan bola sepak di Malaysia yang bertanding dalam saingan liga bola sepak tempatan kendalian Malaysia Football League (MFL) bermula tahun hadapan adalah merupakan satu langkah positif dan perlu dipatuhi oleh setiap persatuan.
Demi kemajuan bola sepak negara, setiap persatuan bola sepak di bawah naungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mengambil langkah-langkah pantas untuk menstrukturkan semula pengurusan dan perlu diselesaikan sebelum bulan hadapan.
Sekiranya persatuan itu gagal, sudah pastilah tindakan akan dikenakan oleh FAM dan sudah tentu akan merugikan persatuan itu sendiri. Sebagaimana yang semua ketahui, masih ada lagi beberapa pasukan yang masih belum mengambil sebarang tindakan dan memuktamadkan untuk diswastakan.
Bagi penulis, inilah masa yang tepat untuk semua persatuan menswastakan persatuan kepada kelab kerana dengan perubahan itu, ia akan memberi kelebihan kepada sesebuah kelab, terutama dalam urus tadbir yang lebih efisien dan profesional.
Dengan struktur organisasi yang lebih kemas dan tersusun itu akan memudahkan lagi sesebuah kelab merancang tentang hala tuju perjalanan kelab dalam memastikan kewangan kelab sentiasa kukuh dan stabil.
Kita lihat sendiri bagaimana kelab-kelab terbaik dunia dapat menjana pendapatan yang mewah sekiranya tenaga kerja mereka dapat melaksanakan apa yang telah dirancang dan diinginkan oleh pengurusan tertinggi seperti yang dikecapi Real Madrid, Manchester United, Barcelona dan banyak lagi.
Tidak mustahil juga bagi kelab-kelab di Malaysia boleh berjaya sebagaimana kelab-kelab terbaik dunia itu sekiranya kelab-kelab ini mempunyai strategi pemasaran yang baik melalui penswastaan kelab ini.
Lihat sahaja pontensi pemasaran di dalam negara dan di negara Asia amnya.
Dengan populasi penduduk Asia seramai 4 bilion, sudah tentu faedah yang banyak boleh diperoleh kelab-kelab di Malaysia sekiranya dapat bertanding di peringkat Asia seperti Piala Juara-juara Asia (AFC).
Itulah faedah yang dimiliki Johor Darul Ta’zim apabila berjaya bermain di Liga Juara-juara Asia (AFC) di mana JDT berjaya menarik perhatian penaja.
Dengan sebab-sebab itulah penulis berasa yakin sekiranya pasukan-pasukan dalam liga diswasatakan, ia pasti akan dapat membawa kebaikan kepada industri bola sepak negara kita di mana ia dapat meningkatkan mutu bola sepak negara dan dapat meningkatkan produktiviti dalam melaksanakan kerja.
Semoga setiap persatuan dapat melaksanakan penswastaan pasukan ini mengikut tarikh yang ditetapkan FAM dan terus berfikiran positif.