Bicara bola sepak negara masih belum reda mengenai panggilan diterima pemain import Pahang yang bakal jadi 'anak tempatan' pada Mac 2019, Mohamadou Sumareh jalani latihan bersama skuad Harimau Malaya.
Berita ini nyata mengejutkan kerana sebelum nama Sumareh tersenarai, tiada sebarang petanda atau mana-mana berita pemain berasal dari Gambia ini sudah dapat perkenan pihak atasan di Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM).
Setelah pelbagai polemik libatkan banyak pihak, Sumareh atau nama popular 'keliboy' dalam kalangan penyokong Pahang bakal cipta sejarah sebagai pemain 'naturalisasi asing' pertama negara.
Mungkin ada segelintir peminat terutama generasi emas akan bersikap sedikit skeptikal mengenai status Sumareh jika soal tempat kelahiran, bangsa dan warna kulit jadi soal pokok perdebatan.
Namun, adakah nilai patriotik hanya boleh diukur dengan menyentuh faktor keturunan seseorang atau daripada berasalnya individu berkenaan?
Jika lihat susur galur sejarah kehidupan Sumareh, dia datang sini pada usia 12 tahun mengikut ayahnya yang bekerja sebagai peniaga dan mula tinggal menetap di sini, tiga tahun kemudian.
Sejak di usia 15 tahun, iaitu satu umur di peringkat permulaan untuk matang, dia sudah banyak belajar mengenai Malaysia terutama dalam soal budaya dan sosiologi masyarakat setempat serta menimba ilmu bola sepak di Kuala Lumpur.
Maka, bila Sumareh akui dirinya lebih sebagai orang Malaysia daripada Gambia, penulis tidak terkejut malahan itu yang sepatutnya dirasai bagi seseorang apabila tinggal terlalu lama di sesuatu tempat.
Justeru, memasuki musim keenam bermain di Liga Malaysia dan tinggal selama 12 tahun, maka tidak perlu menjadi isu besar sama ada dia layak mendapat warganegara Malaysia atau tidak.
Mungkin daripada segi penguasaan bahasa Malaysia, Sumareh masih di tahap asas tetapi dia akui sedang perlahan-lahan ke arah lebih sempurna.
Kehadiran Sumareh perlu diterima dengan hati terbuka semua pihak sebagai perancangan jangka pendek naikkan kekuatan skuad Harimau Malaya.
Antara yang terbaik di posisi sayap kanan dalam saingan Liga Malaysia, dia akan jadi nilai tambah terpenting kepada Cheng Hoe melangkah ke pentas Piala AFF.
Mungkinkah selepas ini giliran pemain tengah Terengganu, Lee Tuck? Siapa tahu.