Skip to main content

Rencana

Sukar buat The Hurricanes

270516-melaka.jpg
Melaka Hurricanes menewaskan Perak 1-0 di perlawanan akhir Piala Tun Abdul Razak 2015. Gol cantik jaringan Dedy Ariyadi membuatkan juara bertahan dan pasukan pilihan, Perak gigit jari.

Piala Tun Abdul Razak yang ke-54 ini Melaka diletakkan dalam Kumpulan A bersama Pahang, Johor dan PDRM. Manakala di Kumpulan B Perak, Kuala Lumpur, Trengganu dan juga Negeri Sembilan.

Sebagai juara bertahan, The Hurricanes telah menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang, menepati gelaran 'the defending champion' mereka telah menewaskan Pahang 3-1, Johor 5-1 dan di perlawanan terakhir mereka seri dengan pasukan yang baru dinaikkan ke Divisyen 1, iaitu Polis DiRaja Malaysia.

Skuad kendalian Jurulatih yang boleh dikatakan kurang pengalaman iaitu Azrul Effendy Bistamam yang buat pertama kali membimbing Pasukan, tugas yang begitu getir untuk mempertahankan kejuaraan edisi kali ini.

Ramai juga berpendapat agak sukar Melaka untuk mempertahankan Kejuaraan jika dilihat di atas kertas berbanding dengan pasukan pasukan lain yang layak ke peringkat separuh akhir. Terutamanya Perak yang akan bertemu dengan PDRM manakala Melaka akan bertemu Terengganu.

Perak yang dibarisi rata-ratanya pemain pemain kebangsaan dan remaja kebangsaan mereka adalah pasukan pilihan.

Jika Melaka layak ke final mereka akan jumpa Perak atau PDRM. Firasat saya Perak akan menunggu di final. 

Pasukan dari negeri Hang Tuah ini yang berpegang pada moto mereka "No Stars No Problem" telah menunjukkan ciri ciri yang mereka begitu serius untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi di edisi yang lepas.

Pemain pemain telah menunjukkan komitmen yang begitu tinggi dalam tinggi perlawanan peringkat kumpulan. Semangat juang dan "Team Spirit" sememangnya terserlah.

Ada bekas Pemain Kebangsaan menggambarkan pasukan Melaka bila ditanya beliau terus berkata "wow Pemain Pemain Melaka jika mereka kehilangan bola, cara mereka berlari turun dan cuba memenangi bola semula amat menakjubkan". 

Beliau sambung, "jika semangat dan sikap juang sebegini boleh diambil oleh pasukan Kebangsaan kita, kita boleh berada di kedudukan yang lebih baik di persada antarabangsa".

Apa pun saya percaya Melaka Hurricanes walaupun tanpa bintang hanya mengharapkan dua pelatih Kebangsaan iaitu Firdaus Omar dan penjaga gol, Ridzuan Azmi selain dari beberapa pemain senior mereka seperti ketua pasukan, Namasivayam, Dedy Ariyadi, Amirullah Zainol, Iderus Ali dan beberapa pemain muda yang meningkat naik seperti Nur Ashraf Ishak, mampu layak ke Perlawanan Akhir dan itu adalah satu pencapaian yang membanggakan.

Walaupun saya orang Melaka amat mengharapkan Melaka menjadi juara tetapi realitinya memang sukar. Apa pun saya berharap pemain pemain buktikan yang firasat saya salah.

All The Best Melaka Hurricanes!

Advertisement

Must Watch Video