Skip to main content

Rencana

Sukan Asia: Skuad Bojan Hodak bukan dalam pelan B?

bojan-hodak-020917.jpg

"Belum ada perbincangan untuk mendapatkan pemain bawah 19 tahun bagi aksi di Sukan Asia 2018."

Itu reaksi ketua jurulatih bawah 19 tahun Bojan Hodak, sebaik ditanya kemungkinan pembentukan skuad Sukan Asia mungkin melibatkan pemain utama pasukannya.

Hodak bagaimanapun tidak beri jawapan pantas sekiranya hal itu berlaku dalam masa terdekat kerana dia sendiri perlu persiapkan pasukan menjelang saingan Piala AFF bawah 19 pada Julai dan saingan Piala AFC bawah 19 pada September.

"Jika ditanya berkenaan kekangan, kami juga berhadapan dengan kekangan pemain, namun jika ia berlaku, saya tetap beri sokongan kepada Kim Swee tetapi keutamaan adalah kepentingan jadual skuad bawah 19 yang di atur dari awal tahun lagi," Itu tegas Hodak

Umum tahu akan kesukaran skuad bawah 23 tahun dalam usaha membentuk pasukan bagi persediaan ke Sukan Asia 2018.

Disebabkan saingan Sukan Asia bukan dalam kalendar FIFA, pengendali negara Datuk Ong Kim Swee berhadapan kesukaran untuk mengumpul pemain sehingga ke saat ini ekoran jadual saingan Liga Malaysia yang padat selain kesukaran pemain dapatkan pelepasan majikan.

Kim Swee berpegang kepada janji pasukan Liga Malaysia yang akan membuka ruang untuk melepaskan pemain mereka, namun itu hanya berlaku pada awal Ogos nanti, seminggu sebelum Sukan Asia membuka tirai!

Jika ia sekadar janji, apa jaminan yang dimiliki Kim Swee dan apa yang dia ada sebagai pertaruhan di pentas Sukan Asia nanti?

Tiada perancangan teliti untuk aksi Sukan Asia, hanya persediaan tangkap muat yang hanya guna tempoh masa selama kurang 10 hari semata-mata. 

Advertisement

Must Watch Video