Sejak Kelab Bolasepak Arsenal menapak ke Stadium Arsenal di Highbury pada 1913, kemudian berpindah ke Stadium Emirates, The Gunners membentuk persaingan yang telah lama wujud dengan Tottenham Hotspur.
Sejak ia bermula, London Utara sentiasa dianggap merah dan lebih daripada seratus tahun, Spurs masih lagi mengejar bayang-bayang mereka.
Dalam skala lebih luas, Arsenal akan sentiasa dianggap sebagai kelab yang lebih berjaya berdasarkan kejayaan merangkul gelaran, bilangan penyokong, dikenali serata dunia dan hasil pendapatan.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, kita mula dapat melihat perubahan yang seiring dengan peredaran masa dalam tampuk kuasa di London Utara.
Perubahan itu mula disedari pada musim 2015-16 ketika Arsenal menamatkan saingan di tempat kedua manakala Spurs ketiga.
Ketika penyokong Arsenal berbincang mengenai persaingan dengan Spurs bagi mengejar tempat kedua, apa yang gagal mereka perasan adalah Arsenal tidak lagi mengejar gelaran sementara Spurs yang mengakhiri tempat ketiga adalah satu penghinaan buat Arsenal.
The Gunners tewas tujuh perlawanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), tiga daripadanya kepada tiga pasukan dalam kelompok enam teratas.
Spurs sebaliknya tewas sekali kepada kelompok enam terbaik liga. Arsenal tidak memiliki rekod yang baik berdepan pencabar utama saingan dan ia merupakan faktor kegagalan mereka menjulang gelaran pada musim itu.
Tottenham mendaki satu demi satu anak tangga sejak Mauricio Pochettino mengambil alih dan akhirnya memastikan mereka tidak lagi di bawah bayang-bayang Arsenal selepas menamatkan musim 2016/17 dan 2017/18 di atas Arsenal.
Dengan corak musim ini, Spurs dijangka akan sekali lagi mengulangi pencapaian itu dan betapa penyokong Arsenal menafikannya -- Tottenham sudah keluar daripada stigma lama.
Dalam musim Tottenham mengatasi Arsenal, terdapat tiga anak tangga menjarakkan kedua-dua pasukan.
Berdasarkan rekod menang-kalah kedua-dua pasukan berdepan kelompok enam teratas dalam tempoh dua musim, Spurs tewas tujuh manakala Arsenal tewas 11. Ini merupakan perbezaan yang jelas betapa Tottenham pasukan sedang meningkat naik manakala prestasi Arsenal makin merudum.
Menerusi statistik sejak tiga tahun lalu, jelas Tottenham sudah mengambil alih tempat Arsenal sebagai kelab utama London Utara.
The Gunners kini sekadar pasukan yang bersaing untuk merebut slot Liga Juara-Juara (UCL), bukannya mencabar gelaran utama.
Perbezaan di antara Arsenal dan Tottenham turut dibuktikan masalah yang dihadapi oleh skuad bimbingan Unai Emery itu manakala Tottenham masih lagi berpeluang untuk memenangi gelaran.
Lebih teruk lagi, Arsenal telah membelanjakan GBP70 juta (RM372 juta) musim ini berbanding sesen pun tidak dibelanjakan Tottenham yang masih lagi berdaya saing.
Dalam saingan UCL, tiada siapa yang menjangkakan Spurs mampu melepasi peringkat kumpulan yang dibarisi Barcelona, Inter Milan dan PSV Eindhoven. Mereka membuktikannya sekali lagi dengan menewaskan pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund, 3-0 dalam pusingan 16.
Musim lalu, Tottenham diundi bersama Real Madrid dan Borussia Dortmund -- dan tiada siapa yang menjangka mereka mara dengan menjuarai kumpulan tersebut.
Pochettino dan Tottenham seperti ditakdirkan bersama, dan beliau telah membentuk Spurs sebagai salah sebuah kelab digeruni dalam saingan EPL dan di Eropah satu hari nanti.
Pochettino telah menghasilkan gandingan dalam kalangan pemain yang mahu melakar kemenangan, beraksi untuk beliau mengejar kejuaraan.
Apa yang belum digapai adalah trofi dan corak yang dipamerkan, namun ia mampu mengubah nasib mereka dalam musim mendatang.
Tetapi perkara yang paling penting, London Utara bukan lagi merah, tetapi putih.