Skuasy Malaysia dihimpit dengan masalah bajet dan masih mencari pemain berkualiti 10 terbaik dunia.
Walaupun bukan dibawah Sukan Olimpik, skuasy memainkan peranan penting dalam menghadirkan prestasi cemerlang dan pingat kepada Malaysia di peringkat antarabangsa.
Nicol David yang dinobat sebagai 'Greatest of All Time' (GOAT) oleh peminat skuasy sedunia merupakan atlet paling cemerlang yang pernah dilahirkan Malaysia dengan 8 kejuaraan dunia dan lebih dari 9 tahun memegang takhta nombor satu dunia.
Namun profil yang cukup membanggakan masih membawa Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) dalam situasi sempit kerana tanpa dana yang stabil, program elit mahupun pembangunan sukar dijalankan dengan lancar.
Menurut Pengarah Kejurulatihan SRAM, Major(B)S.Maniam, persatuan itu sudah dimaklumkan tentang pemotongan bajet dari Majlis Sukan Negara (MSN).
Implikasinya cukup besar untuk SRAM kerana beberapa pemain elit tidak dapat dihantar ke kejohanan penting manakala program pembangunan juga terbantut.
Misi kini adalah cuba sebaik mungkin mendapatkan tajaan dari pihak korporat yang dilihat tidak mustahil namun tidak semestinya mudah.
Major(B)S.Maniam, bekas pemain negara yang pernah menjadi ketua jurulatih skuasy negara sebelum menerima tawaran dari skuasy India, dan tahun lalu kembali ke Malaysia selepas 14 tahun di negara rantau. Dalam temubual istimewa bersamanya, beliau risau dengan situasi semasa namun optimis untuk membawa skuasy Malaysia ke tahap lebih gemilang.
1. Di mana Malaysia di peta dunia ketika ini?
Skuasy Malaysia dihormati oleh seluruh dunia dengan prestasi cemerlang Nicol, Nafiizwan, Eain Yow dan Sangari. Pasukan remaja kita juga tidak kurang hebatnya dengan posisi 4 terbaik dunia.
2. Apa perbezaan corak kepimpinan anda berbanding dahulu dan kini kembali ke skuasy Malaysia?
Dalam era 80an dan 90an, pucuk kepimpinan SRAM dibimbing oleh Tan Sri Tunku Imran Tunku Ja'afar dan mendiang Tan Sri Alex Lee. Merekalah yang mula mengangkat kegemilangan skuasy di Malaysia dengan polisi dan corak pentadbiran yang tulus. Saya dan pengurus besar SRAM, Lt. Kol.(B)Wong Ah Jit akan mengimplimentasi visi mereka. Perbezaan kini, presiden, ahli jawatankuasa dan pihak pentadbiran berkerja secara selari namun kedua-duanya berkesan.
3. Sukan Malaysia melalui transisi penstrukturan program dan anda jangka ia akan memberi kesan besar kepada sukan skuasy?
SRAM sentiasa mengalu-alukan program positif dan kami akan terus fokus menaikkan mutu skuasy negara. Tetapi jika bajet bantuan dikurangkan secara besar-besaran pasti ia akan memberi kesan kepada pembangunan skuasy.
4. Pada pendapat anda kenapa dana yang secukupnya diperlukan untuk sukan skuasy untuk terus kompetitif di peringkat antarabangsa?
Prestasi pemain diukur melalui ranking dunia dan prestasi di kejohanan. Bayangkanlah jika mereka tidak dapat beraksi kerana tiada dana, pasti ranking mereka jatuh dan selain itu persembahan mereka akan menurun kerana kurang pendedahan.
5. Kerajaan menyaran persatuan sukan mencari dana melalui penaja. Apakah cabaran terbesar?
Sejujurnya, korporat di Malaysia masih tidak begitu berminat menyumbang dalam sukan negara, tidak seperti negara lain seperti Jepun, Australia dan Amerika Syarikat. Kemungkinan budaya dan industri sukan masih belum matang di Malaysia. Kerajaan jika boleh perlu beri tekanan serius supaya korporat menyumbang dana dalam sukan. Skuasy bukanlah sepopular bola sepak dan badminton dan tajaan yang kita peroleh tidak begitu besar.
6. Harapan anda untuk skuasy Malaysia?
Untuk melihat juara dunia dari Malaysia muncul dalam 5 tahun mengikuti jejak Nicol juga skuasy berpeluang dipilih sebagai sukan dalam temasya Olimpik 2024.