Di sebalik sana sini masih ghairah berbincang tentang drama-drama yang terjadi di pentas akhir Piala Malaysia, jangan dilupakan nasib skuad B-19 negara yang mengakhiri perjuangan Jumaat lalu di Indonesia.
Memang tiada apa mengejutkan apabila skuad kendalian Bojan Hodak itu gagal melepasi cabaran peringkat kumpulan jika diteliti kualiti dimiliki pasukan lawan terutama Arab Saudi serta Tajikistan dan China.
Sejak perlawanan pertama menyaksikan Malaysia tewas 1-2 kepada Arab Saudi, skuad negara terkial-kial menghadirkan cabaran bermakna walaupun pamer sedikit watak cuba bangkit di lewat permainan dan tampil sedikit bertenaga ketika mengikat Tajikistan 2-2.
Akhirnya, semasa harapan melangit tinggi mahu mereka ulangi magis skuad B-23 di China, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan rakan-rakan seperti tewas kepada tekanan apabila gagal saingi lawan yang telah tersingkir, China, untuk tunduk 0-2.
Tiada sebarang sasaran diletakkan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) namun kesimpulannya, kita tidak boleh pandang sepi terhadap kualiti ditampilkan oleh skuad Bawah 19 tahun jika soal masa depan bola sepak negara jadi taruhan.
Jika sebelum ini kita gembira seolah-olah jurang bola sepak negara makin mengecil dengan jagoan Asia pada Sukan Asia 2018 dan kejohanan AFC Bawah 23 tahun, siren kecemasan kembali berbunyi bila melihat aksi skuad Bawah 19 tahun.
Paling membimbangkan kualiti teknikal majoriti pemain yang tampak kita setakuk lebih rendah dengan pasukan-pasukan Asia lain, satu situasi yang pasti sukar buat mana-mana jurulatih termasuk Bojan Hodak, melakukan perencanaan dalam soal taktikal.
Jika diteliti senarai pemain dalam skuad ini, hanya segelintir sahaja daripada mereka sudah ada pengalaman bermain bersama pasukan senior sama ada di Liga Super dan Perdana, dan adakah ia mencukupi dan soalan paling penting, adakah keupayaan minimum teknikal dimiliki pemain mampu letakkan mereka bersedia hadapi kejohanan ini?
Di sini formula penyelesaian perlu dicari oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Malaysia Football League (MFL) dan cadangan paling realistik mungkin mewajibkan sekurang-kurangnya minimum dua pemain Bawah 18-21 tahun wajib berada dalam kesebelasan utama setiap pasukan bertanding dalam semua perlawanan.
Pendekatan ini akan perbanyakkan lagi pilihan kepada jurulatih selain pengalaman beraksi dengan pemain lebih senior akan cepat mematangkan corak permainan bakat muda terbabit.
Selain itu, perbincangan skuad projek yang modelnya seakan-akan seperti Harimau Muda boleh diwujudkan semula cuma dalam pendekatan berbeza agar boleh berikan lebih banyak masa dan ruang kepada jurulatih melakukan persiapan.
Bagaimanapun, penulis tetap ucapkan syabas kepada skuad Bawah 19 tahun negara kerana setidak-tidaknya ada detik kejayaan yang boleh dibanggakan sebelum generasi baharu akan datang mengisi kekosongan yang mereka akan tinggalkan.
Layak secara merit ke Kejohanan AFC sejak 2006 dan muncul juara kali pertama saingan AFF B-19 pastinya akan dikenang peminat bola sepak negara tetapi kita mahukan legasi lebih hebat mampu tercipta di masa akan datang.