"Manchester United adalah sebuah model, ia merupakan sebuah keluarga, tradisi dan sejarah, memberikan pemain muda peluang, memaparkan gaya menyerang dan memenangi perlawanan" (Ole Gunnar Solskjaer, Old Trafford, 9 Januari 2019).
Pada 29 Disember 1996, Ryan Giggs melakukan hantaran jauh dari tengah padang dan dikejar pantas Ole Gunnar Solskjaer sebelum menewaskan penjaga gol Tottenham Hotspur, Ian Walker.
Isnin lalu, selepas lebih 22 tahun jaringan itu terhasil, Paul Pogba melakukan hantaran jauh dari tengah padang dan dikejar pantas Marcus Rashford sebelum menewaskan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris.
Lebih menambah sensasi terhadap jaringan itu, Rashford menjaringkan gol kemenangan itu daripada sudut yang cukup digemari "boss" barunya itu sewaktu bergelar penyerang The Red Devils.
Ramai beranggapan Solskjaer yang dilantik pengurus sementara United sejak bulan lalu bagi mengisi pemecatan Jose Mourinho, hanya mengamalkan pendekatan "Fergie's template" milik bekas pengurusnya, Sir Alex Ferguson, atau dalam bahasa yang lebih santai "copy and paste".
Cerapan itu dapat dilihat berdasarkan gaya permainan terbuka dengan membiarkan pemain bebas bergerak secara individu, memanfaatkan bahagian sayap yang kemudian "mencucuk" ke bahagian tengah untuk menghasilkan gol.
Selain daripada mengekalkan rekod enam kemenangan berturut-turut, Solskjaer turut berjaya mengembalikan rasa cinta peminat United yang sebelum ini merindui permainan menghiburkan seperti itu.
Walaupun mengundang kritikan yang mendakwa percaturannya banyak dipengaruhi Ferguson -- daripada gaya permainan sehinggalah kepada layanan pengering rambut milik pengurus legenda United itu -- Solskjaer sekurang-kurangnya berjaya membawa elemen penting yang tidak mampu dibawa barisan pengurus tetap sebelumnya seperti David Moyes, Louis van Gaal dan Jose Mourinho.
Elemen itu merupakan sebahagian daripada DNA United.
Antaranya adalah gaya permainan terbuka dan menyerang selain memanfaatkan bakat muda pasukan.
Sewaktu era Ferguson, United tidak memerlukan penguasaan permainan seperti Arsenal yang dibimbing Arsene Wenger, tidak perlu beraksi bertahan seperti strategi "parking bas" milik Mourinho sewaktu bersama Chelsea, tidak perlu mengharapkan serangan balas pantas seperti Liverpool yang dibimbing Kenny Dalglish atau Brendan Rodgers.
Mereka hanya mengamalkan corak permainan terbuka dengan hantaran membunuh dan ketajaman berkesan di depan gawang.
Dalam era yang sama, kita dapat melihat graduan-graduan cemerlang yang lahir daripada Akademi Manchester United.
Ferguson sewaktu itu tidak perlu berbelanja mewah kerana memanfaatkan bakat muda sedia ada.
Antara yang paling berjaya adalah graduan tahun 1992 atau lebih dikenali sebagai "Class of '92" yang dibarisi David Beckham, Nicky Butt, Ryan Giggs, Gary dan Phil Neville serta Paul Scholes.
Dua elemen penting di atas seakan-akan hilang bersama Ferguson yang bersara pada 2013.
Penerus legasinya, Moyes, Van Gaal dan Mourinho tidak dapat mengekalkan tradisi itu.
Mungkin pembawaan mereka berbeza, namun apa yang dimahukan peminat tegar The Red Devils adalah untuk tradisi itu dikekalkan.
Jika mahu diubah sekalipun, ia memerlukan hasil yang lumayan bagi memadam bayang-bayang Ferguson yang sudah sinonim dengan juara 20 kali liga divisyen utama England itu.
Solskjaer lebih "United" berbanding barisan pengurus terdahulu.
Dia berkhidmat selama 11 tahun di bahagian serangan pasukan itu dari 1996 hingga 2007.
Dalam tempoh itu, dia hanya menerima arahan daripada seorang pengurus, iaitu Ferguson.
Maka, tidak hairanlah dia mewarisi pendekatan sama daripada pengurusnya itu
"Saya sudah dipengaruhinya (Ferguson) sejak lebih 15 tahun lalu.
"Beliau tahu saya dan barisan kejurulatihan saya adalah benar-benar Manchester United," kata Solskjaer sewaktu awal pelantikannya bulan lalu sambil menegaskan dia mendapat restu penuh daripada Ferguson.
Selepas mengekalkan rekod enam kemenangan berturut-turut bersama pasukan itu, Solskjaer kini menjadi individu paling dicintai peminat mahupun barisan pemain United.
Ada yang mahukannya kekal menerajui pasukan itu untuk diberikan semusim penuh sebagai pengendali.
Dia seakan-akan mengembalikan zaman gemilang United di bawah Ferguson yang terlalu sukar untuk ditewaskan.
Gelaran “The Baby-faced Assassin” miliknya kini sudah mula ditukar kepada Sir Ole Ferguson oleh peminat-peminat Manchester United.