Selepas 3 edisi, akhirnya Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) datang ke Malaysia dengan Kuantan, Pahang dipilih sebagai tuan rumah, Oktober depan.
Ini kali pertama Malaysia jadi penganjur sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2011.
Saya dua kali pernah membuat liputan ACT iaitu di Ordos, China pada 2011 dan Kakamigahara, Jepun (2013) dengan perkataan paling tepat - hambar.
Kejohanan ini, walaupun setaraf Piala Asia dan Sukan Asia, namun gagal menarik penonton ke stadium.
Atas faktor itu, Persekutuan Hoki Asia (AHF) mengetepikan Bangladesh sebagai calon penganjur kerana yakin dengan kemampuan Malaysia.
"Kuantan, walaupun tidak memiliki reputasi seperti Ipoh atau Johor Bahru, namun tetap berjaya menarik ribuan penonton ke stadium.
Buktinya ketika Cabaran Juara-Juara 1 (2014) dan Piala Remaja Asia (2015).
Jadi kami berharap, Kuantan dapat mengubah imej kejohanan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif AHF, Datuk Tayyab Ikram.
7 negara akan mengibar cabaran iaitu juara bertahan, India selain Pakistan, Korea, China, Jepun, Bangladesh dan tuan rumah, Malaysia.
India pastinya turun selaku pilihan utama kerana ketika itu, mereka baru saja tamat menyertai Sukan Olimpik Rio 2016 dan lebih menarik, mereka satu-satunya negara Asia yang berjaya ke temasya itu.
Bagi Malaysia, dua cabaran perlu dilepasi.
Pertama, menamatkan kemarau untuk layak ke final buat kali pertama dan kedua, menarik ribuan penonton ke Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan, Pahang.