Sewaktu bergelar juara Liga Perdana Inggeris buat kali kedua berturut-turut musim lalu, Manchester City hanya melepaskan 23 gol tetapi bagi kempen 2019-2020, skuad kendalian Pep Guardiola itu telah dibolosi 32 kali dalam 21 perlawanan.
Itu kepahitan yang terpaksa ditelan Guardiola dan seluruh kem The Citizens yang terhasil daripada mudahnya benteng pasukan itu dipecahkan oleh setiap pencabar di England, musim ini.
John Stones sentiasa bergelut dengan isu kecederaan, Aymeric Laporte berehat panjang dan Nicolas Otamendi tidak konsisten setiap kali diturunkan, pengendali dari Sepanyol itu terpaksa memerah keringat pemain tengah, Fernandinho, selaku bek tengah pasukan.
Situasi itu sudah pasti membuatkan City perlu mendapatkan bek tengah baru dalam pasaran perpindahan bulan ini, lebih-lebih lagi selepas akur dengan keputusan Harry Maguire ke Manchester United berbanding hadir ke Etihad, musim panas lalu.
Wartawan sukan di England, Oli Gamp, melaporkan City bercadang untuk membawa masuk seorang bek tengah dalam bulan ini dan Mail Online mendedahkan pertahanan Inter Milan, Milan Skriniar, dan tonggak benteng Shaktar Donetsk, Mykola Matviyenko, menjadi sasaran mereka.
Skriniar - yang hadir ke Inter daripada Sampdoria pada 2017 -- merupakan tonggak utama Nerrazzuri ketika skuad kendalian Antonio Conte itu kini merupakan pencabar utama Serie A, menduduki tangga kedua di belakang juara bertahan, Juventus.
Namun, Matviyenko merupakan pilihan yang lebih murah memandangkan kontrak terkininya bersama Shaktar bakal tamat tahun depan dan kelibat pemain yang 20 kali menyarung jersi skuad kebangsaan Ukraine itu menarik perhatian City sewaktu pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Apa yang pasti, Guardiola serius mahu memperbaiki barisan pertahanannya walaupun telah berbelanja £150 juta sewaktu membawa masuk Laporte, Kyle Walker dan Benjamin Mendy, empat tahun lalu.