"Safawi tamak". Itu komen netizen di laman media sosial terhadap penyerang Harimau Malaya, Safawi Rasid, dalam beberapa perlawanan lalu.
Hujah mereka Safawi enggan memberi bola kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol kerana mahu mencipta nama.
Kritikan itu cukup ketara selepas perlawanan di antara Malaysia dan Thailand bagi saingan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dimenangi skuad kebangsaan 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu.
Pemain Paling Bernilai (MVP) 2019 dari pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dikatakan terlalu ghairah untuk mendapatkan jaringan dalam beberapa situasi yang sebenarnya boleh dilakukan oleh rakannya yang lain ketika perlawanan menentang skuad Gajah Perang.
Namun, Safawi yang mesra disapa 'Pawi' pantas menjawab kritikan itu menerusi ledakan dua gol memukau ketika membantu skuad negara menewaskan musuh tradisi, Indonesia, 2-0 dalam perlawanan kelima kumpulan di Bukit Jalil.
Gol anak jati Dungun, Terengganu, berusia 22 tahun itu mempunyai kelas yang tersendiri hingga dilabel sebagai pakar sepakan bebas. Ternyata kaki kiri Safawi cukup berbahaya dan ia akhirnya menjadi malam Safawi pada malam tadi.
Mengenali Safawi sejak 'debut' bertemu Indonesia di Solo ketika berusia 19 tahun pada 2016, dia gemar untuk melakukan percubaan jarak jauh mahu pun jarak dekat untuk mendapatkan jaringan bagi membantu skuad negara.
Justeru, apa yang saya boleh dapat kongsikan itulah karakter Safawi dan sebenarnya itulah juga karakter kebanyakan penyerang di dunia ini. Berada di depan gol, seorang penyerang tidak lagi akan menoleh ke belakang selain memandang ke depan untuk menjaringkan gol.
Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, juga pernah dilabel 'tamak' oleh rakan sepasukannya sebelum ini tetapi apa yang dinyatakan, sikap tamak Ronaldo bukan masalah kerana mereka menganggap gol Ronaldo penting buat pasukan.
Jadi, sebagai peminat bola sepak seharusnya sokongan diberikan kepada Safawi dengan kritikan yang lebih membina selepas ini.