Delia Arnold mengambil keputusan untuk bersara dari sukan skuasy.
Pemain yang bukan sahaja berkebolehan dalam skuasy tetapi juga diminati ramai kerana kecantikan dan tingkah laku yang bersopan santun.
Delia, 30, yang pernah menduduki ranking 12 di dunia memaklumkan persaraannya kepada Pengarah Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (Rtd) S.Maniam pada Rabu.
Sebagai bekas pemain skuasy kebangsaan dan rakan sepasukan, saya mengenali pemain wanita no. 2 negara ini yang akan menyambut hari jadinya pada 26 Januari ini sejak dia berusia 7 tahun.
Datang dari keluarga skuasy, ayah Delia, Raymond Arnold juga merupakan bekas juara dan jurulatih kebangsaan. Abang dan adik perempuan Delia, Timothy dan Rachel juga mewakili negara dalam sukan skuasy.
Rachel dan Delia mewakili negara di Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia 2016 di Paris baru-baru ini bersama Nicol David dan S.sivasangari. Ia juga merupakan kejohanan terakhir pemain kelahiran Kuala Lumpur ini.
Sepanjang mengenali Juara Kebangsaan Wanita tahun 2015 dan 2016 ini, Delia mempunyai perwatakan yang cukup disenangi dan suka bergelak ketawa selain cukup komited dan berkerja keras dalam latihan.
Sudah pasti perancangan SRAM akan terjejas dengan persaraan mengejut Delia namun saya percaya dengan prestasi baik pemain muda yang lain seperti Andrea Lee, Zoe foo dan Aifa Azman ia memberi harapan baru kepada sukan skuasy.
Namun hari yang paling sukar untuk diputuskan oleh kesemua atlet elit akan tiba kepada setiap atlet.
Iaitu hari persaraan.
Ia juga merupakan keputusan paling sukar yang perlu saya lakukan untuk bersara daripada sukan yang dicintai dan pengalaman sebagai atlet profesional yang mengajar saya tentang kehidupan.
Sudah pasti ia bukan mudah untuk Delia Arnold.
Walaubagaimanapun, saya percaya dia telah tahu dan berasa masanya sudah tiba untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan kehidupan serta kemungkinan karier baru.
Terima kasih Delia Arnold!
Selamat maju jaya dalam kehidupan baharu!