Dengan hanya 24 peratus penguasaan permainan sepanjang 90 minit, itu telah menunjukkan pengalaman bermain diperingkat tertinggi dalam kejohanan Eropah masih lagi jauh untuk Wolverhampton Wanderers FC berbanding dengan lawannya, Sevilla FC, yang mempunyai pengalaman yang luas di peringkat Eropah.
Walaupun pada awal permainan pertemuan peringkat suku akhir Liga Europa itu anak-anak buah Nuno Espirito Santo berjaya membuat kejutan apabila satu transisi pantas berlaku dari bertahan ke menyerang pada minit ke-10 telah memberikan kelebihan kepada Wolves apabila Adama Traore dijatuhkan di dalam kawasan penalti dan dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil, namun Raul Jeminez tidak dapat menyempurnakan sepakannya untuk menewaskan Yassine Bounou.
Dari saat itu, anak-anak buah Nuno seakan-akan hilang arah dan tidak berjaya bersaing dengan kemampuan anak-anak didik Julen Lopetegui.
Mengunakan formasi 5-3-2 oleh Nuno, itu sudah mengambarkan Wolves akan bermain secara bertahan dan akan memgunakan kepantasan daripada Adama dan Raul untuk melakukan serangan balas. Namun, percaturan yang dilakukan oleh Nuno itu tidak begitu berkesan untuk menyekat Sevilla FC, juara lima kali itu, dari terus menguasai permainan.
Dengan formasi 4-3-3 yang diguna pakai oleh Lopetegui telah memberi kelebihan dalam corak permainan yang diterapkan mengikut falsafah bola sepak Sevilla dan bijak dalam mengunakan kelebihan teknikal pemain-pemainnya.
Lihat sahaja corak serangan yang dilakukan oleh pemain-pemain Sevilla yang tersusun mengunakan semua posisi untuk melakukan gerakan. Di bahagian tengah, Fernando, Ever Banega dan Josan Jordan banyak memainkan peranan untuk mencorakan serangan Sevilla.
Lihat sahaja bagaimana kombinasi serta persefahaman yang dipamerkan oleh pemain-pemain Sevilla yang banyak melakukan hantaran-hantaran lolos dan pertukaran posisi, terutama pemain pertahanan kiri dan kanan yang banyak melakukan larian-larian dari belakang untuk memberi tekanan kepada pertahanan Wolves dan banyak melakukan hantaran lintang.
Dengan kekuatan yang ada itu, pemain-pemain Sevilla memaksa anak-anak buah Nuno berkampung di kawasan mereka sendiri. Kelincahan bahagian hadapan Sevilla yang diketuai Lucas Ocampos, Youssef En-Nesyri dan Suso itu banyak memberi kelebihan kepada pemain-pemain tengah Sevilla untuk banyak melakukan hantaran tepat di kaki, terutama bermain secara pantas dengan kombinasi yang baik diluar kawasan penalti.
Dengan kekuatan iru, akhirnya Sevilla berjaya mengambil kesempatan di atas kesilapan yang dilakukan pemain-pemain Wolves apabila terlalu ke bawah bertahan sehingga banyak ruang diberikan kepada pemain-pemain Sevilla untuk melakukan hantaran lintang dan akhirnya, Ever Banega berjaya melakukan hantaran lintang tepat di dalam kawasan penalti kepada Lucas Ocampos yang dengan mudah melakukan tandukan untuk memastikan jaringan kemenangan Sevilla pada minit-minit akhir perlawanan.
Kemenangan itu memastikan Sevilla layak ke peringkat separuh akhir dan sudah tentu memberi peluang kepada ketua jurulatih Sevilla, Julen Lopetegui, untuk peluang ke peringkat akhir untuk menambah koleksi kejuaraan, namun Sevilla perlu menempuh dua lagi halangan sekiranya ingin memburu kejuaraan keenam.