Zinedine Zidane telah ‘mengajar’ Liverpool erti sebenar saingan di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila Real Madrid menundukkan The Kop 3-1 dalam aksi final di NSK Olimpiyskiy, Kiev.
Kekalahan itu menyaksikan pengendali The Reds, Jurgen Klopp, terpaksa menelan kepahitan apabila dikecewakan buat kali ketiga di pentas besar Eropah, selepas berputih mata dalam perlawanan akhir UCL musim 2012/13 ketika bersama Borussia Dortmund, final Liga Europa 2015/16 dan yang terbaru, aksi awal pagi tadi.

Tiga kali kempunan dan kali ini tewas 3-1 untuk memberikan kejuaraan UCL ketiga berturut-turut buat Real Madrid, angka 3 seakan-akan bakal menghantui Klopp, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan selepas tiga watak utama menjadi pemisah antara Liverpool dan Los Blancos dalam aksi final di hadapan 61, 561 orang penonton di Stadium Negara Ukraine itu.
Tiga watak penting itu adalah Sergio Ramos, Loris Karius serta bintang Wales, Gareth Bale.
Halangan kapten Madrid berusia 32 tahun itu telah menyebabkan utama lawan, Mohamed Salah, hilang keseimbangan dan terjatuh sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan bahu, sekaligus terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-30.
Kehilangan Salah jelas memberi tamparan besar buat Klopp dan kem Liverpool tatkala kemasukan Adam Lallana ternyata tidak mampu mengilhamkan gerakan bahaya yang sering dicetuskan Salah sebelum itu.

Karius, pemain yang pernah menjadi pilihan perdebatan untuk dibandingkan dengan penjaga gol terbaik Liga Perdana Inggeris, David De Gea, menampilkan aksi yang terburuk dalam kariernya setelah membenarkan tiga jaringan dihasilkan Los Blancos, termasuk dua gol mudah.
Lalai dan cuai telah mengakibatkan bola balingannya mudah ditampan Karim Benzema untuk membuka tirai jaringan, sebelum tepisan yang tidak kemas daripada pemain dari Jerman itu membenarkan Madrid meraih gol ketiga menerusi percubaan yang langsung tidak merbahaya dari Bale.

Dimasukkan pada minit ke-61 menggantikan Isco, Bale mengingatkan kesemua peminat bola sepak di seluruh dunia bahawa sentuhannya masih berbisa walaupun terkenal dengan episod kecederaan yang kerap melandanya menerusi gol daripada sepakan gunting selepas tiga minit dimasukkan serta percubaan jarak jauh pada minit ke-83.
Apa yang pasti, corak permainan berpaksikan tekanan tinggi daripada Liverpool sejak awal perlawanan dapat dihadam Madrid yang menghabiskan hampir keseluruhan permainan membaca plot serangan yang cuba diatur The Kop, sebelum melancarkan serangan balas yang sering mengejutkan benteng taruhan Klopp daripada lena.
Secara keseluruhan, Liverpool lebih banyak mengawal permainan, namun barisan pertahanan Los Blancos diketuai Ramos lebih kemas dalam menutup segenap ruang pergerakan terutamanya jentera serangan lawan yang dibarisi Roberto Firmino dan Sadio Mane tatkala benteng Liverpool mudah dirobek, lebih-lebih lagi tentunya Karius.

Kesimpulannya, aksi final UCL musim 2017/18 disajikan dengan dua pasukan yang memiliki keampuhan barisan depan yang tidak boleh diragui tetapi bahagian bawah telah terbukti menjadi kunci utama dalam menentukan siapa menang dan siapa yang menggigit jari.
Kedengaran agak janggal jika memetik nama Manchester United dalam tulisan ini tetapi apa yang pernah diungkapkan bekas pengendali yang juga legenda mereka, Sir Alex Ferguson, ternyata benar dan ia berbunyi 'serangan beri kemenangan, bertahan cipta kejuaraan'.