Acara WWE Extreme Rules kembali lagi. Seperti kelaziman, acara ini bakal menampilkan beberapa perlawanan yang luar daripada kebiasaan, di mana para WWE Universe akan dipertontonkan dengan aksi lebih ekstrim dan ganas.
Namun, sedikit perbezaan tema akan dipersembahkan untuk edisi 2020 ini. Mengangkat tema seram sebagai wadah utama, kita bakal disajikan dengan sebuah persembahan yang mungkin bakal membuat kita tidak senang duduk, mendebarkan, sekaligus menjadikan ia sesuatu yang akan diperkatakan untuk satu tempoh yang panjang.

Perlawanan utama tentunya terarah kepada pertembungan di antara Juara Universal WWE Braun Strowman dengan bekas mentornya Bray Wyatt. Biarpun perlawanan ini tidak mempertaruhkan kejuaraan milik Strowman, ia boleh menjadi titik tolak kepada satu perubahan yang tidak terjangka, khususnya terhadap The Monster Among Men.
Sebuah kawasan paya tinggal akan menjadi medan tempur kedua individu ini. Ia merupakan arena pilihan Bray Wyatt sendiri yang ingin membawa Strowman ke alam nostalgia ketika mereka sama-sama tinggal di kawasan tersebut semasa menganggotai The Wyatt Family beberapa tahun lalu.
Dengan suasana sunyi, seram dan bisa meridingkan bulu roma, pelbagai situasi boleh berlaku dalam perlawanan sinematik seterusnya ini. Jika silap percaturan, salah seorang daripada mereka akan terjerumus masuk ke dalam paya, seterusnya menjadi santapan istimewa untuk buaya-buaya yang mendiami kawasan tersebut sejak sekian lama.

Untuk rekod, Braun Strowman merupakan ‘kambing hitam’ di dalam anggota Wyatt Family pada tahun 2015, diketuai Bray Wyatt bersama-sama dengan Erick Rowan dan Luke Harper. Namun apabila jenama Raw dan Smackdown dipecahkan pada tahun 2016, Braun membawa haluan sendiri dan muncul sebagai salah seorang bintang paling dominan di WWE dan tidak menoleh ke belakang lagi.
Kemuncaknya, kejayaan Strowman menggondol Kejuaraan Universal daripada Goldberg di acara Wrestlemania pada April lalu, mengundang rasa iri di hati Wyatt. Menurut Wyatt yang juga bekas Juara WWE ini, Strowman telah lupa asal-usulnya dan tidak mengenang segala jasa dan bakti yang dicurahkannya selama ini sehingga Strowman berada di puncak kejayaannya hari ini.

Satu lagi perlawanan yang ditunggu-tunggu adalah melibatkan bintang veteran Rey Mysterio dengan Seth Rollins. Setelah berbulan-bulan memendam kesumat dan amarah, Rey kini berpeluang melampiaskan segala yang terbuku di dada terhadap Monday Night Messiah di acara Horrow Show at Extreme Rules ini nanti.
Menariknya, bukan bengkung kejuaraan akan dipertaruhkan dalam perlawanan ini. Sebaliknya, biji mata akan menjadi galang ganti di mana individu yang tewas, akan dikorek biji matanya dari soket. Tidak kira dengan cara apa sekalipun.
Sekali dengar, bunyinya kelihatan sangat kejam dan mengerikan. Namun segalanya berpunca daripada tindakan Rollins sendiri yang tergamak membenam mata Mysterio ke bucu tangga gelanggang beberapa bulan lalu sehingga mencederakan bintang berusia 45 tahun itu.

Tidak cukup dengan itu, cubaan mencederakan dengan kaedah yang sama turut dilakukan Rollins ke atas anak Rey, Dominique beberapa minggu lalu. Tentunya tindakan itu ibarat mencurah petrol ke dalam api yang sedang marak menyala buat Mysterio. Dan kesudahannya, Rollins perlu membayar harga yang cukup mahal sekiranya tumpas dalam perlawanan Mata Untuk Mata ini kelak.
Perlawanan lain yang bakal mengambil tempat di acara WWE Horror Show at Extreme Rules:
1. Juara WWE Drew McIntyre menentang Dolph Ziggler bagi perebutan Kejuaraan WWE
2. Asuka bertemu Sasha Banks bagi perlawanan Kejuaraan Wanita Raw
3. Nikki Cross mencabar Bayley bagi Kejuaraan Wanita Smackdown
4. Apollo Crews bertemu MVP bagi mempertaruhkan Kejuaraan Amerika Syarikat
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWE Network. Saksikan acara Horror Show at Extreme Rules pada pagi Isnin depan serta kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,