Skip to main content

Ragbi

Piala Agong: Tewaskan Putrajaya, Terengganu mara ke separuh akhir di laman sendiri

Ragbi

Beraksi dalam cuaca panas terik sewaktu fenomena El Nino ketika ini tidak menghalang momentum Terengganu untuk sekali lagi meraih kemenangan di laman sendiri sekali gus menempah tiket ke penentuan separuh akhir kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini setelah menewaskan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang berkeputusan 43-26.

Terdahulu, tepat jam 0330 petang untuk perlawanan bermula di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail menyaksikan jatuhan try pertama perlawanan berjaya ditembusi oleh pemain import tuan rumah, Josevata Cava Uluinaceva dan seterusnya tendangan conversion oleh kapten pasukan, Mohamad Nasharuddin Ismail untuk 7 mata penuh buat pasukan mendahului permainan.

Taktikal berbeza yang dipamerkan oleh Terengganu berbanding perlawanan-perlawanan terdahulu berjaya diterjemah dengan baik oleh pemain-pemain di bawah kendalian ketua jurulatih Hafiizh Zainal untuk mendominasi penguasaan padang sehingga tamat babak separuh masa pertama yang berkeputusan 26 berbalas 5 di mana pasukan pelawat hanya mampu mendapat 1 jatuhan try.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan pasukan pelawat mula mendapat rentak permainanan setelah membuat rombakan taktikal untuk memasukkan 4 pemain gantian yang berjaya merapatkan jurang dengan tambahan 7 mata penuh milik Wilayah Persekutuan Putrajaya di minit ke-49 perlawanan.

Namun, pasukan pelawat kekal ketinggalan setelah bekas pemain skuad SUKMA 2018 yang juga merupakan anak jati Terengganu, Muhammad Faris Abdullah bijak menyempurnakan taktikal rakan sepasukan untuk mendapatkan jatuhan try di bawah palang gol lawan dan seterusnya tendangan conversion mudah oleh Mohamad Nasharuddin Ismail meletakkan keputusan semasa 33-12 di minit ke-52 perlawanan yang memihak kepada tuan rumah.

Situasi selesa mendahului perlawanan mula menghukum tuan rumah setelah Wilayah Persekutuan Putrajaya menambah 7 mata merapatkan jurang yang masih ketinggalan 33-19.

Melihat keletihan pemain-pemain Terengganu menahan asakan di bawah terik matahari, Hafiizh Zainal mula membuat pertukaran sebahagian besar pemain termasuk merehatkan kapten pasukan sekali gus memberi momentum baru untuk tuan rumah kembali memberi fokus penguasaan padang.

Percaturan taktikal itu membuahkan hasil setelah Umar Irsyad Mohd Afrizal berjaya melepasi situasi rucking di garisan try lawan untuk jatuhan try menambah 5 mata untuk Terengganu kekal mendahului perlawanan 38-19.

Walaupun sedemikian, tekanan mula memihak kepada tuan rumah setelah menyaksikan pengadil perlawanan Jefri Mustafa melayangkan dua kad kuning di minit ke-64 dan minit ke-70 menyaksikan dua pemain Terengganu berkongsi kerusi sin bin di luar padang.

Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan pantas memanfaatkan peluang merobek jentera tuan rumah yang beraksi kurang dua pemain untuk Pita Yavi Mai Wai Lesivoukionoilau menambah 5 mata melalui jatuhan try dan tambahan 2 mata melalui tendangan conversion oleh pemain fullback Mohamad Firdaus M. Zahed di minit ke-73 permainan meletakkan keputusan semasa yang masih memihak kepada tuan rumah 38-26

Berbaki 5 minit sebelum wisel penamat ditiupkan, pemain gantian tuan rumah Muhammad Ikmal Hakim Zuraimi mengejutkan pasukan pelawat untuk jatuhan try mudah di hadapan lawan.

Sekaligus menjadi mata terakhir sehingga tamat perlawanan berkeputusan 43-26 untuk Terengganu melangkah ke penentuan separuh akhir sekaligus memperbaiki rekod pasukan setelah terkandas pada penentuan suku akhir pada musim lalu.

Seterusnya bagi aksi penentuan separuh akhir, Terengganu sekali lagi di laman sendiri untuk bertemu Polis diRaja Malaysia(PDRM) selaku juara bertahan bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu yang dijadualkan berlangsung pada 20 Jun 2026 nanti.

Anda mungkin berminat dengan

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Must Watch Video