Skip to main content

Rencana

Separuh akhir Piala Razak 2016 - "My Take"

terengganu-senarai-18-pemain-untuk-piala-razak.jpg
Dua pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Tun Abdul Razak musim lepas iaitu Kuala Lumpur dan Johor gagal mengulangi pencapaian mereka setelah masing masing hanya mampu menduduki tempat ketiga di dalam persaingan kumpulan masing-masing.

Pendatang baru Div 1, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Terengganu berjaya mengiringi juara bertahan Melaka Hurricanes dan juara 2013, 2014 ke perlawanan separuh akhir hari ini.

Melaka bertemu Terengganu pada 6 petang manakala Perak bertemu PDRM, 8 malam. Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bakal menjadi saksi pasukan mana yang akan ke final pada 29 Mei 2016 ini.

Jom kita lihat setiap pasukan yang layak ke separuh akhir.

1. MELAKA HURRICANES

Mereka sememangnya tidak menyangka berjaya menewaskan Perak di perlawanan akhir 2015 di mana 70 peratus penguasaan permainan dikuasai oleh Perak yang 90 peratus diwakili oleh sama ada pemain kebangsaan atau remaja kebangsaan.

Tetapi mereka telah menunjukkan bahawa tanpa pemain bintang, kerjasama sepasukan, semangat juang tinggi, komitmen dan disiplin perlawanan boleh menewaskan pasukan pilihan seperti Perak.

Walaupun tanpa dua pemain senior mereka yang kini menjadi jurulatih iaitu Azrul Effendy Bistamam dan Hazlan Hamzah, dengan motto mereka 'No Star No Problem' begitu cemerlang di peringkat kumpulan.

Mereka berkeyakinan tinggi, mempunyai pemain yang boleh mengubah perlawanan seperti ketua pasukan Namasivayam (nadi utama, jika umur beliau 26 ke bawah saya pasti beliau sudah berada di dalam senarai pelatih negara), Amirullah Zainol (dijangka akan di panggil untuk pasukan negara) dan Firdaus Omar.

Kekurangan yang mereka perlu perbaiki adalah menyudahkan peluang yang mereka cipta dan pemain pemain harus bijak mengawal emosi supaya mereka tidak mengutip kad dengan mudah dan bermain dengan kurang pemain.

2. TERENGGANU

Berbeza dengan pasukan Liga Hoki Malaysia, mereka tidak mempunyai khidmat beberapa pemain bintang mereka seperti Azlan Misron, Tengku Ahmad Tajuddin, Shahrun Nabil, Jivan Mohan di mana mereka ini bermain untuk negeri masing-masing.

Banyak membarisi pemain pemain Sukma, mereka mempunyai trio F yang digeruni. Fitri, Faizal Saari dan Firhan Ashaari dibantu oleh penjaga gol simpanan kebangsaan Hafizuddin Othman dan dua pelatih kebangsaan iaitu Sufi Ismat dan Nik Mohammad Aiman.

Kekuatan mereka adalah terletak pada trio F ini. Jika ketiga tiga mereka ini dalam prestasi terbaik Terengganu mempunyai harapan untuk menang.

Tetapi agak sukar trio ini bermain dalam perlawanan sepenuhnya. Terengganu tidak mempunyai kekuatan pemain simpanan yang boleh mengambil tempat mereka jika mereka dikeluarkan sekejap. Mereka juga tidak mempunyai kekuatan seimbang di semua bahagian.

Ini yang membuatkan Terengganu tidak konsisten sepanjang perlawanan.

"My Take" Melaka vs Terengganu. Kemenangan kepada Melaka.

3. PERAK

Masih lagi pasukan pilihan kerana pemain-pemain yang mereka membariskan. Roslan Jamaluddin, Azlan Misron, Shukri Mutalib, Meor Azuan Hassan, Muhd  Haziq Samsul, Muhammad Najib Hassan, Hafifi Hafiz dan ramai lagi pelatih dan pemain remaja kebangsaan.

Mempunyai kekuatan yang begitu seimbang. Mampu menyerang dan bertahan sebagai satu pasukan.

Bermain lebih konsisten sepanjang perlawanan. Apa yang mereka harus perbaiki adalah penyudah yang tajam ketika mencipta peluang dan juga penyudah di situasi pukulan sudut penalti.

4. Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Walaupun mereka mempunyai dua pemain senior negara yang baru memulakan latihan Pegawai Kadet Polis di Pulapol iaitu Razie Rahim dan Nabil Fiqri tetapi di peringkat separuh akhir ini adalah perlawanan yang berbeza.

Mereka akan turun tanpa bekas pemain kebangsaan Azreen Rizal yang di layangkan kad merah ketika menentang Melaka tempoh hari tidak beri kelebihan kepada PDRM.

Bekas bekas pemain kebangsaan seperti Kelvider Singh, Baljit Singh, Megat Azrafiq, Jivan Mohan punyai pengalaman tetapi mereka kekurangan kecergasan fizikal untuk bermain secara konsisten ditahap ini.

Kelebihan mereka adalah lebih menharapkan penyudahan Razie Rahim di situasi pukulan sudut penalti di mana Razie telah menjaringkan 5 Gol di 3 perlawanan peringkat kumpulan.

Tidak mempunyai kekuatan di bangku simpanan dan juga kekuatan seimbang di setiap bahagian.

Di jangka banyak lebih bertahan dan mengharapkan serangan balas pentas.

"My Take" Perak vs PDRM. Perak menang.

"My  Take" di 2 perlawanan separuh akhir berdasarkan prestasi mereka di 3 perlawanan peringkat kumpulan dan juga pemain pemain yang mereka bariskan.

Apa pun perlu ingat Bola Itu Bulat apa apa pun boleh berlaku berdasarkan hari perlawanan. Seperti the Giant Killer Melaka Hurricanes pada tahun lepas menewaskan Perak 1 - 0 di perlawanan Akhir. Tidak seorang pun menyatakan Melaka akan menang.

"Fairy Tale" boleh berlaku. Oleh itu Selamat Maju Jaya dan harapan saya agar kedua dua perlawanan Separuh Akhir ini akan berjalan dengan lancar.

"Let The Best Team Win"
 

Advertisement

Must Watch Video