Tanggal 25 November 2020, pasti menjadi tarikh yang tidak akan dilupakan peminat bola sepak seluruh dunia apabila legenda bola sepak dunia, Diego Armando Maradona meninggal dunia.
Penulis percaya rata-rata peminat akan bersetuju jika penulis katakan Maradona adalah pemain hebat sepanjang zaman yang tiada bandingannya.
Bagi penulis bintang Argentina dan Barcelona kini, Lionel Messi juga setakat ini belum berjaya menyamai kejayaan ikon bola sepak sepanjang zaman itu biarpun mempunyai rekod kejayaan lebih baik di peringkat kelab.
Beraksi di empat kejohanan Piala Dunia, Maradona pasti akan lebih diingati di edisi 1986 Mexico apabila membantu Argentina muncul juara- selain jaringan 'Hand Of God' dan gol solo ketika berdepan England di suku akhir.
Ya, penulis masih ingat aksi suku akhir Argentina-England walaupun sekadar menyaksikannya menerusi siaran secara langsung ketika itu dan baru mula mengenal sukan bola sepak di bangku sekolah rendah pada masa itu.
Penulis akui meminati England sejak Piala Dunia 1986 namun, Maradona dalam aksi berdepan skuad kendalian Sir Bobby Robson ketika itu mempamerkan sentuhan magisnya.
Bermula dengan jaringan 'Hand of God' minit 51, satu dunia melihat bagaimana Maradona dengan jelas menggunakan tangan untuk menumbuk bola ke gawang menewaskan Peter Shilton ketika itu.
Namun pengadil perlawanan itu tidak melihatnya dan pada zaman itu, tiadanya VAR seperti sekarang dan Maradona terlepas daripada dikenakan sebarang tindakan.
Ketika itu, sudah pasti jutaan peminat England termasuk penulis sendiri, berasa tertipu dengan tindakan Maradona namun, selang empat minit pemain kelahiran Lanus itu mempamerkan magisnya dengan menggelecek lima pemain lawan secara solo.
Peter Beardsley, Peter Reid,Terry Butcher, Terry Fenwick dan Peter Shilton, kesemuanya mudah ditewaskan Maradona secara solo di Estadio Azteca sebelum menyempurnakan jaringan yang disifatkan sebagai Gol Tercantik Sepanjang Abad.
Sehingga kini,belum ada jaringan sehebat itu mampu dilakukan mana-mana pemain di pentas Piala Dunia, walaupun kejohanan itu menyaksikan ramai pemain hebat selepas era Maradona menjulang kejuaraan.
Segelintir peminat tempatan sudah pasti masih mengingati, Maradona juga pernah mengerah kudratnya di Stadium Merdeka pada Januari 1982, bersama bekas kelabnya, Boca Juniors berdepan Pilihan Selangor dalam satu aksi persahabatan.
Legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Reduan Abdullah dan Datuk Soh Chin Aun antara pemain yang beraksi pada perlawanan itu yang dimenangi Boca 2-1, dengan Maradona meraih gol kemenangan.
Meskipun Maradona sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi luar padang seperti masalah ketagihan kokain, penulis lebih mahu mengingati ikon bola sepak global itu menerusi sentuhan magisnya di atas padang.