Sebagai anak jati Klang, adalah satu penghormatan dan kebanggaan untuk dilahirkan dengan hak sebagai penyokong seumur hidup Selangor.
Ini bukan seperti memandang kepada bola sepak Eropah dari jauh,di mana anda boleh menyokong mana-masa pasukan dan benar-benar berbangga dengan pencapaian mereka.
Oh tidak,dengan tradisi bola sepak Malaysia bertunjangkan kenegerian,tidak ada istilah untuk tiba-tiba mendampingi pasukan lain buat saya.
Walaupun samar ingatan,kunjungan kali pertama ke Stadium Shah Alam sekitar musim 98 /99 ibarat sesuatu yang menakjubkan.
Melihat pemain kegemaran pertama saya waktu itu Rusdi Suparman menjaringkan gol daripada bangku simpanan.
Selangor sedang mendahului selesa dalam perlawanan itu,tetapi penyokong tetap dahagakan jaringan dan pemain di atas padang menunaikan permintaan dengan aksi mengujakan.
Itu Selangor zaman dulu,yang mampu menyuntik imaginasi anak kecil seperti saya dan keghairahan setiap penyokong sehingga sanggup memenuhi stadium setiap perlawanan.
Sekarang anak-anak Selangor semuanya lebih gemar memandang kepada pasukan lain khasnya gergasi daripada selatan tanah air,JDT.
Siapa boleh salahkan mereka,sejarah tidak lagi memadai untuk mengikat minat anak selangor daripada menyokong pasukan sendiri.
Malah pemain terbaik di Malaysia juga tahu destinasi untuk memajukan kerjaya adalah dengan Harimau Selatan dan bukan The Red Giants.
Salah siapa?umum sudah tahu,tak perlu sembang panjang,buang masa dan hanya membangkitkan pedih di hati.
Menjelang sepak mula musim 2017 terbit kebimbangan apabila Selangor akan bersaing dalam Liga Super bukan untuk merebut kejuaraan tetapi untuk elak penyingkiran ke Liga Perdana.
Secara peribadi mungkin ada baiknya ini berlaku kepada Selangor agar menjadi pembuka mata kepada yang masih kabur.
Tetapi inisiatif #RevampSelangorFootball menawarkan sinar harapan bahawa impian untuk The Red Giants satu hari kembali berdiri megah bukan sesuatu yang mustahil.
Model revolusi ini berupaya buat setiap anak Selangor tahu apa itu erti untuk menjadi sebahagian daripada skuad Merah Kuning.
Kepada gerakan ini saya sanjung anda kerana menjadi ilham kepada sesuatu yang menjadi pembakar semangat buat yang masih mencintai bola sepak Selangor.
Saya julang impian ini dan berdoa agar satu hari Selangor kembali dihormati dan tidak dijadikan rujukan sebagai gergasi yang lena diulit mimpi.
Sehingga tiba waktu itu,saya akan tetap menyokong pemain yang menyarung Jersi Merah Kuning tanpa mengira keputusan.
Saya percaya bukan saya seorang yang seperti ini,kerana anak jati yang lain juga tahu apa itu erti Selangor sampai mati.