Kemenangan di tempat lawan bukan sesuatu yang mudah terutama dalam saingan peringkat suku akhir.
Ia memerlukan sesebuah pasukan itu benar-benar sedia dari segi mental dan fizikal selain dikuatkan dengan faktor pengalaman.
Ini kita dapat lihat pada saingan pertama suku akhir Piala Malaysia apabila kesemua pasukan pelawat mencipta kemenangan dan jaringan yang besar semalam.
Ini sudah tentu akan mengecewakan peminat-peminat pasukan tuan rumah seperti Melaka,Felda United dan Selangor. Ia bukan sahaja mengambarkan kekalahan tetapi menutup peluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya kerana jumlah gol di tempat lawan itu memberi kelebihan kepada pasukan lawan.
Tetapi, sebagaimana yang semua tahu dalam sukan bola sepak ini apa-apa pun boleh terjadi dan sudah pastilah peminat-peminat inginkan pasukan mereka bangkit pada pusingan kedua nanti.
Seperti pasukan Selangor dengan pengalaman dan reputasi yang gah dalam arena bola sepak negara masih tidak mampu memberikan aksi yang konsisten dan terbaik, ini sudah tentu akan memeningkan jurulatih mereka, P. Maniam.
Walaupun bermain di gelanggang sendiri, anak-anak buah Maniam tidak mampu mengawal permainan dengan baik. Bahagian pertahanan dan tengah begitu longgar sehingga membenarkan lawan mendahului dua gol dalam masa dua puluh minit pertama.
Seolah-olah tiada komunikasi dan persefahaman di antara satu sama lain.
Setiap gerakan dan hantaran yang dilakukan oleh pemain-pemain Kedah terutama daripada Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva tidak ada yang memberi tekanan seolah-olah menunggu dan terpegun dengan kawalan bola kedua-dua pemain itu.
Ini yang memberi kelebihan kepada Kedah kerana falsafah bermain dengan hantaran-hantaran pendek dan lolos dicelah-celah pemain serta hantaran lintang pantas berjaya dilakukan dengan mudah.
Komunikasi dan persefahaman di antara satu sama lain pemain-pemain Selangor perlu ditingkatkan serta perlu yakin dengan kemampuan setiap pemain sekiranya mereka ingin membuat kejutan di tempat lawan.
Dengan pengalaman yang ada, tidak mustahil Selangor boleh bangkit namun perlu menempuh halangan yang besar apabila berkunjung di Stadium Darul Aman nanti terutama berhadapan dengan sorakan penyokong tuan rumah.
Tetapi, Selangor tidak boleh longgar dan longlai sebagaimana yang berlaku semalam.
Sudah tentulah Kedah tidak mahu memberi ruang kepada Selangor sebaliknya akan terus memberi tekanan dan ingin mencipta kemenangan di tempat sendiri pula.
Kedah bijak dalam mengambil kesempatan atas kealpaan dan kesilapan dilakukan sendiri oleh lawan. Ini yang dibuktikan Kedah.
Kredit imej: FA Selangor